Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MCA Sedia Tebus Kegagalan...

KUALA LUMPUR – MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam...

Presiden NGO Ditahan Disyaki...

Kuala Lumpur : Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

UMNO Akan ‘Makan Kawan’...

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran Umno akan...

Bayar Penuh Kos Haji...

PUTRAJAYA - Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan...

Mayat Wanita Ditemui Selepas Sebulan Terperangkap Dalam Lif

SHANDONG – “Mayat reput seorang wanita pertengahan umur ditemui selepas sebulan terperangkap dalam lif di sebuah bangunan kediaman di tengah China,” kata polis.

Polis daerah Gaoling di bandar Xi’an menemui mayat itu pada 1 Mac, selepas cuti tahun baru China.

Lif berkenaan ditutup oleh pekerja penyelenggaraan pada 30 Januari apabila ia tersekat di antara dua tingkat.

“Keadaannya sangat tidak berperikemanusiaan. Kami rasa dia mati kebuluran di situ,” kata seorang penduduk tempatan.

Kata seorang lagi penduduk, tangannya seolah cacat dan ada calar di dinding. Polis yang mengklasifikasikan kejadian sebagai pembunuhan tidak sengaja, menahan dan mendakwa syarikat penyelenggaraan lif dan pengurusan bangunan atas tuduhan pengabaian.


Petugas yang memotong bekalan elektrik ke lif itu mendakwa ia dilakukan selepas mereka menjerit untuk memastikan jika ada sesiapa berada di dalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mayat itu lambat dijumpai kerana kebanyakan penduduk sedang bercuti dan bakinya menggunakan lif lain di kompleks itu. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori