Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Rogol: Lelaki Dipenjara 18...

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berumur 63 tahun hari ini dijatuhi hukuman penjara 18...

Polis Tak Cukup Keterangan...

KUALA LUMPUR - Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi...

Toleransi, Terima Kepelbagaian Formula...

KUALA LUMPUR - Sikap toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian yang diamalkan rakyat merupakan...

Tabung Harapan Lunaskan Hutang...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah yang berlangsung pada 24 April lalu telah...

12 Pantang Larang Pramugari, Pramugara Layan Penumpang

TAHUKAH anda, ada perkara-perkara yang seseorang pramugari atau pramugara tidak boleh lakukan untuk para penumpang? Namun ramai penumpang sebenarnya tidak menyedarinya.

Berikut ini, MYNEWSHUB kongsi catatan daripada Yahoo Travel yang menemu ramah Shawn Kathleen, bekas pramugara untuk menjelaskan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pramugari/pramugara dan kru penerbangan:

1) TIDAK BOLEH berikan anda sebarang ubat.

Menurut undang-undang, mereka tidak dibenarkan langsung.ƃā€šĆ‚Ā Namun ada beberapa ubat yang hanya boleh diberikan kepada seorang doktor dalam masa kecemasan.

2) TIDAK BOLEH simpankan beg anda di tempat simpanan beg

Anda rasa seorang anak kapal harus membantu anda meletakkan beg anda? Ternyata anda salah!ƃā€šĆ‚Ā Seorang anak kapal sebenarnya tidak dibenarkan untuk mengangkat beg anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.

Mereka hanya boleh membantu anda menolak beg anda masuk ke tempat simpan beg dan menutup pintunya.

3) TIDAK BOLEH buat panggilan untuk tangguhkan penerbangan sambungan

Seorang juruterbang pesawat tidak akan menunggu untuk ketibaan anda.ƃā€šĆ‚Ā Ramai yang selalu bertanya, namun ia tidak akan pernah terjadi kerana seorang juruterbang sendiri tidak mampu membuat keputusan itu.

4) TIDAK BOLEH suruh juruterbang pandu kapal terbang lebih laju

Pastikan anda menempah penerbangan yang lebih lewat dari masa ketibaan di lapangan terbang jika anda perlu menukar penerbangan.

5) TIDAK BOLEH terima tip dalam bentuk wang tunai

Seorang anak kapal tidak dibenarkan menerima sebarang wang tunai daripada para penumpang.ƃā€šĆ‚Ā Jika anda ingin memberinya tip, anda boleh berbuat demikian dalam bentuk baucar ataupun sekotak coklat.

saudi-steward

6) TIDAK BOLEH minum bersama para penumpang

Anak kapal tidak dibenarkan minum alkohol bersama penumpang pada waktu kerja. Begitu juga buat juruterbang. Mereka tidak dibenarkan untuk minum alkohol pada masa bekerja.


7) TIDAK BOLEH halau anjing pemandu (guide dogs) – walaupun anda mempunyai alahan

Mengikut undang-undang, seorang anak kapal tidak boleh memindahkan haiwan perkhidmatan yang sedang membantu seseorang yang tidak berupaya.ƃā€šĆ‚Ā Jika penumpang ada alahan, penumpanglah yang perlu meninggalkan penerbangan itu dan ambil yang lain.

8) TIDAK BOLEH buat orang lain tukar tempat duduk mereka

Anda ingin tukar tempat duduk kerana mahu bersebelahan dengan teman anda. Bagaimanapun seseorang anak kapal tidak boleh memaksa sesiapa untuk menukar tempat duduk mereka.

9) TIDAK BOLEH duduk di Kelas Bisnes meskipun ada tempat duduk kosong di situ

Anda harus bayar lebih untuk duduk di Kelas Bisnes, sama ada dalam bentuk ‘miles’ ataupun wang.

10) TIDAK BOLEH membenarkan anda bawa minuman keras sendiri

Kebanyakan syarikat penerbangan akan merampas minuman keras jika mereka melihatnya. Seorang anak kapal tidak mahu sebarang penumpang dalam keadaan mabuk.

11) TIDAK BOLEH teman anda keluar pesawat

Anak kapal boleh memanggil seseorang untuk bertemu dengan anda namun selagi ada penumpang dalam pesawat, mereka tidak boleh keluar dari pesawat itu.

12) TIDAK BOLEH beri pen di dalam penerbangan antarabangsa

Anak kapal tidak lagi menyediakan pen untuk anda mengisi borang kastam. Anak kapal juga tidak mempunyai bekalan pen yang cukup untuk anda gunakan. Oleh itu, anda harus menyediakan pen anda sendiri.

Baca: Pramugari Cantik Asal Malaysia Jadi Sensasi

Juga: Larang Wanita Saudi Mohon Kerja Pramugari

ƃā€šĆ‚Ā – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori