Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

RFID Perlu Lebih Promosi...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi...

Gagal Seludup Trak Pikap...

JELI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup sebuah trak pikap ke...

Tempoh Permohonan E-Kad Tak...

PUTRAJAYA - Tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang membolehkan penggajian...

VIDEO : Gagal Di...

TUMPAT - Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

12 Peniaga Warga Asing Di Pasar Kemboja Ditahan

NIBONG TEBAL – Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 12 warga asing termasuk tiga wanita dalam pemeriksaan di Pasar Kemboja di Permatang Tok Mahat, di sini Sabtu.

Penolong Pengarah JIPP Abdul Rahman Hassan berkata dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi itu, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas semua peniaga dan pekerja di pasar yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung wanita.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan, penguatkuasa JIPP menjalankan pemeriksaan di pasar yang kebanyakan peniaga serta pekerjanya terdiri daripada warga asing itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh lelaki dan tiga wanita Kemboja serta masing-masing seorang lelaki Myanmar dan seorang lelaki Pakistan gagal mengemukakan dokumen yang sepatutnya,” katanya di sini Ahad.

Beliau berkata semua mereka yang berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan kerana tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata dalam serbuan berasingan di sebuah kilang perabot di Jalan Lima Kongsi, Sungai Bakap dekat sini pihaknya menahan 20 pekerja warga asing yang bekerja tanpa permit di kilang berkenaan.


Beliau berkata pihaknya memeriksa 148 warga asing yang bekerja di situ dan menahan lapan lelaki Myanmar, tujuh lelaki Bangladesh, tiga lelaki Nepal dan dua wanita Indonesia.

Semua 20 pekerja asing dan 12 peniaga serta pekerja yang ditahan di Pasar Kemboja itu dibawa ke JIPP Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut, katanya.

“Operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori