Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu RUU 355: Awas...

SETAKAT ini, sejak Hari Penamaan Calon 5 Jun lalu, hanya Zairil Khir Johari bersendirian...

Gudang Dan Kilang Perabot...

PETALING JAYA - Kira-kira 200 pekerja sebuah gudang dan kilang perabot di Jalan...

Datuk Seri Noor Rashid...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid...

Kerajaan Definisikan Perkataan, Perbuatan...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mendefinisikan perkataan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina...

14 Kes Strok Haba Sejak 1 Mac – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 99 kes berkaitan cuaca panas dirujuk kepada hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara dari 1 Mac hingga 27 Mac 2016.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22 kes itu “heat cramp (22.22 peratus), 63 kelesuan haba (63.64 peratus) dan 14 strok haba (14.14 peratus).

Justeru, katanya, fenomena cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara perlu diambil perhatian oleh semua pihak.

“Jumlah ini termasuk satu kematian akibat strok haba yang telah dilaporkan sebelum ini di Segamat, Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun berkata, pemantauan kes harian dari 22 Mac hingga 27 Mac 2016 lalu mendapati tiada kes strok haba dilaporkan.

Manakala, kata beliau, kes kelesuan haba dan “heat cramp” pula secara amnya menunjukan tren penurunan.


Beliau dalam pada itu menjelaskan, cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan.

Jelas beliau, situasi itu menyebabkan individu mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

“Kanak-kanak dan warga emas antara mereka yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori