Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jose Ugaz Terima Maklumat...

KUALA LUMPUR - Presiden Transparency International (TI), Jose Ugaz menerima maklumat yang tidak...

Batu Nisan Ditemukan Di...

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di...

Sultan Nazrin Rasmi Kompleks...

SERI ISKANDAR — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks...

TPM Dedah Drama Mahathir...

BONGKAR - Pakatan pembangkang berlambang PKR dijangka 'memasukkan' Tun Dr. Mahathir Mohamad ke...

DAP Malu Besar Skandal Hartanah LGE Didedah Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya membangkitkan semula isu dakwaan rasuah membabitkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng dalam pembelian rumah dan projek hartanah.

Pendedahan kembali skandal itu bagi pembinaan hospital swasta dan hotel mewah suite yang sepatutnya untuk dibangunkan sebuah projek perumahan kos rendah mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Katanya, sewaan yang diberikan kepada Guan Eng setiap bulan sebanyak RM5,000 bagi sebuah rumah adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga rumah tersebut yang melebihi RM5 juta termasuk kos renovasi.

Rumah berkenaan yang asalnya dimiliki oleh Phang Li Koon dan kemudian bertindak menjual kediaman tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya pada harga RM2.8 juta sahaja – separuh daripada harga pasaran.

Pendedahan dibuat ketika membahas usul titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat telah menimbulkan kekecohan apabila wakil pembangkang terutama dari DAP Pulau Pinang mula bertikam lidah dengan Shabudin.

Pemimpin veteran UMNO tersebut bagaimanapun berterusan mendedahkan lebih banyak lagi bukti-bukti transaksi penyelewengan jual beli hartanah yang langsung dapat mengaitkan Guan Eng terus dengan kes rasuah.

Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi (Jelutong) dan Steven Sim (Bukit Mertajam) berulang kali cuba mengganggu hujah Shabuddin sambil menegaskan Guan Eng tiada di dalam dewan untuk mempertahankan diri daripada tuduhan.

shabudin-parlimen

Pembangkang yang ternyata amat malu besar juga berhujah isu panas berkenaan konon sepatutnya dibahaskan hanya dalam persidangan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan bukan di Dewan Rakyat secara terbuka.

Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said enggan menerima bantahan dengan alasan pembangkang pun dibenarkan buat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun Perdana Menteri tiada di parlimen.

Berikutan itu, Shabuddin yang meneruskan hujahnya menggesa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan menyatakan kadar nilaian sebenar harga rumah berkenaan dari 2008 hingga 2015.

“Saya ingin juga ingin memohon pihak SPRM menyatakan laporan status kes ini terus disiasat terutamanya salah guna kuasa YB Bagan yang sewenang-wenangnya buat pertukaran syarat tanah dan penambahan plot ratio 7 : 1.

“Ini dibuat bagi membolehkan pembinaan hotel setinggi 19 tingkat tanpa membuka tender semula dan anehnya mengekalkan syarikat yang sama dengan jumlah tender yang sama, sedangkan perkara yang lain sudah berubah.


“Ini jelas tidak adil kepada syarikat-syarikat lain yang menyertai tender itu sejak dari awal lagi,” katanya sambil menuntut pihak Kementerian Kewangan menjelaskan kadar sewa semasa mengikut tahun yang berkenaan.

Sehubungan itu pada sidang media selepas perbahasan, Shabuddin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan skandal tersebut.

shabudin-vs-guan-eng1

Rumah berkenaan yang dimiliki oleh Li Koon di mana beliau sendiri telah didapati menyewakan serta menjual rumah tersebut kepada Setiausaha Agung DAP itu pada harga yang jelas memang tidak masuk akal.

Sebagai rekod, Li Koon adalah pemegang saham 20 peratus dalam WINDBOND Management & Consultant Sdn. Bhd. yang 80 peratus lagi dipegang Datuk Tan Yong Chew; yang juga pemegang saham 60 peratus dalam Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC).

Syarikat tempatan tersebut sebenarnya telah pun diberi kelulusan oleh pihak DAP sendiri untuk membeli sebidang tanah secara tender yang kemudian didapati memang tidak telus dan boleh dipertikaikan kredibilitinya.

“Perilaku YAB Bagan ini boleh dorong kita semua percaya bahawa KLIDC seperti mendapat layanan yang istimewa dan adakah ia berkait dengan penawaran harga-harga rendah rumah No.25 Jalan Pinhorn yang saya jelaskan.

“Ini satu lagi perkara perlu disiasat SPRM kerana berlaku pelanggaran syarat kelulusan apabila KLIDC tidak boleh cagar tanah itu kepada mana-mana pihak selagi tidak peroleh kelulusan Kementerian Kesihatan,” tambahnya.

Kata Shabuddin, kes itu mengingatkan beliau kepada kes serupa dialami bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo yang membeli rumah bernilai RM5 juta dengan harga RM3.5 juta di Shah Alam suatu ketika dahulu.

Pembangkang ketika itu heboh menyebar dakwaan jahat fitnah kononnya pemimpin UMNO itu mempunyai hubungan kewangan yang rapat dengan penjual rumah banglo tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori