Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kesihatan Nafi Wujud...

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa terdapat sebuah kilang beras di Kedah menghasilkan beras...

Abang Maut Ditikam Di...

SEORANG lelaki meninggal dunia dipercayai ditikam adiknya di dada kejadian di Kampung Kulim,...

Kapal Tangki Dari India...

WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai...

Campur Tangan Asing Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin...

Skandal Banglo Murah: Apakah Istimewa Miss Phang Dengan LGE?

SOALAN cepumas: “Apakah hubungan ‘istimewa’ Lim Guan Eng dengan Miss Phang Li Koon, pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, George Town yang mulanya disewa Ketua Menteri Pulau Pinang dan kemudian dibeli beliau?”

Dalam jawapan Guan Eng di Komtar pada Jumaat, berkaitan isu skandal banglo murahnya itu, beliau menyifatkan kontrak pembelian rumah mewah berharga RM2.8 juta selepas diskaun itu konon seumpama satu ‘perkahwinan’.

Ini kerana kedua-dua belah pihak secara rela hati memutuskan harga sesuai atau ‘teman’ yang sesuai. Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara beliau dan penjual berasaskan dasar kesanggupan si pembeli dan penjual.

“Penjual merupakan individu persendirian melalui satu transaksi jualan kecil, dan bukannya merupakan pihak pemaju perumahan,” kata Guan Eng yang membaca teks ucapan tanpa ada sesi soal jawab dengan pemberita.

Isu hubungan istimewa beliau dengan Miss Phang, pemilik banglo di Jalan Pinhorn itu pernah dibangkitkan menerusi laman tempatan Stop The Lies pada tahun 2012 sehingga menjadi viral sebelum senyap secara misteri.

Rakyat Pulau Pinang khasnya penyokong tegar DAP mesti tertanya-tanya kenapakah Guan Eng begitu beria-ria sangat melindungi wanita misteri tersebut (Miss P) dengan begitu hebat seolah-olah macam rahsia besar negara!

kroni lge

Menurut sumber dalaman DAP sendiri, pemimpin yang dihormati itu (Guan Eng) marah benar apabila sumber maklumat akhbar The Star itu pernah diperoleh daripada anggota Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh.

ADUN Sungai Puyu serta Exco portfolio Kebajikan, Masyarakat Prihatin dan Alam Sekitar negeri itu juga ialah sepupu kepada Miss P. Anehnya pada keesokan harinya, The Star ‘berlari-lari’ membetulkan balik laporannya..

Wanita itu (Miss P) menurut sumber memberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu rumah sebelum pilihan raya umum pada 2008. Namun, wanita itu menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Kini ramai pihak termasuk penyokong tegar parti pembangkang di Pulau Mutiara itu sendiri mula tertanya-tanya sama ada wanita itu konon adalah ‘teman wanita’ Guan Eng selepas dia mengeksploitasi Xiao Hong aka Rainbow.

Guan Eng perlu jelaskan kenapa Miss P ada begitu banyak wang untuk beli sebuah banglo mewah dan memiliki usahasama bisnes dengan seorang ahli perniagaan Sabah selepas Guan Eng mula jadi Ketua Menteri pada 2008.


“Guan Eng juga tidak jawab mengapa Miss P habis banyak duit untuk ubah suai banglo sebelum beri sewa kira-kira RM9,000 sebulan! Sehingga kini, beliau tidak berani tunjuk kontrak perjanjian sewa banglonya itu,” kata sumber.

miss p

Stop The Lies membongkar itu sebagai mengulas tindakan Guan Eng ‘serang’ wartawan The Star, Joceline Tan selepas pendedahannya berkaitan seorang wanita bernama Miss P dan kaitan projek tanah di Taman Manggis.

“Joceline mendapati dirinya sasaran LGE selepas buat kesilapan dengan menyatakan Miss P memiliki banglo itu disewa jadi kediaman Ketua Menteri adalah isteri pemegang saham syarikat yang membeli tanah Taman Manggis.

“Kita diberitahu bahawa dia (Guan Eng) telah menghantar e-mel memarahi editor The Star dan mengancam untuk menyaman akhbar itu – walaupun akhbar itu telah penjelasan dua kali dan telah menyatakan kekesalan mereka.

“Rakyat Pulau Pinang kini tertanya-tanya motif Guan Eng begitu emosi dan beri ‘perhatian khas’ kepada wanita itu (Miss P). Sebaliknya, wanita itu tidak bertindak balas walaupun kesilapan yang telah dibuat oleh The Star.

“Kenapa LGE begitu marah dengan perkara tersebut? Ada berkata: Guan Eng mungkin mempunyai hubungan ‘istimewa’ kononnya dengan wanita berkenaan,” dedah sumber itu lagi yang pernah disiarkan Stop The Lies.

Hakikatnya, ramai melihat skandal banglo ‘murah’ Ketua Menteri itu menyerupai kes sama penyelewengan transaksi hartanah melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohammad Khir Toyo dahulu. – MYNEWSHUB.CC

kroni

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori