Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perbuatan Khianat Punca Kebakaran

Kuala Lumpur : Punca kebakaran di lobi Blok B Teratak Muhibbah, Taman Danau...

Pengerusi LTAT Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri...

2 Timbalan Pendakwa Raya,...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan...

Tiru Macam TMJ Kendali...

Semalam Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan Johor siap siaga...

Tema Kahwin Yang Sedang Trending Bagi Tahun 2016

MAJLIS perkahwinan adalah momen paling bermakna dalam hidup setiap orang dan setiap tahun ada sahaja tema perkahwinan yang menjadi trend semasa. Bagi tahun 2016, kami kongsikan 5 tema yang sedang trending untuk majlis perkahwinan.

Pelamin merah

Jika tahun 2015 rata-rata pelamin banyak gunakan warna pastel dengan hiasan bunga memenuhi pelamin, penghujung 2015 dan tahun 2016 menyaksikan banyak warna lebih berani dan menyerlah digunakan pada pelamin.

Songket

Fesyen fabrik songket tradisional makin mendapat tempat di hati bakal raja sehari dan kini ramai pereka menggunakan songket untuk hasilkan busana kahwin mereka. Persalinan kahwin dari songket ini bagaimanapun mengetengahkan konsep modern traditional attire.

Khemah Marquee

Pilihan khemah seperti ini bukan sahaja nampak cantik dan presentable, malah turut membuat kerja dekorasi khemah lebih mudah dan nampak lebih elegan.


Inai putih

Bagi pengantin perempuan yang moden dan terbuka, inai berwarna putih boleh dijadikan pilihan menarik pada tahun ini untuk tampak berbeza.

Dekorasi pintu masuk

Jika sebelum ini, pintu masuk dewan dibiarkan sepi atau hanya diletakkan meja hadiah untuk pasangan pengantin, sekarang sudah menjadi trend untuk pintu utama ke majlis resepsi dihias indah juga.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bgKW_sS46Jc]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori