SEBELUM ini, kami ada melaporkan mengenai ura-ura mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bakal membeli pesawat mewah Boeing 737 yang berharga lebih kurang RM400 juta.
Pihak istana Johor pada ketika itu bagaimanapun, masih belum mengesahkan mengenai perkara ini.
Kaitan: Sultan Johor Beli Pesawat Peribadi Boeing 737-800
Ternyata, cerita tersebut adalah benar apabila pesawat berkenaan kini telah pun tiba di Johor Bahru.
Pesawat ’emas’ Boeing 737 milik Sultan Ibrahim itu, diberitakan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas terbang dari Amerika Syarikat.
Baginda berada di lapangan terbang untuk melihat dan melawat pesawat berkenaan selepas ia mendarat kira-kira pukul 1:30 tengah hari, pada Isnin.
Pesawat berwarna emas dan biru itu didapati mempunyai lambang “Royal Johor Crest” di bahagian ekor selain bendera di bahagian badan.
Menurut laman web pemantauan radar penerbangan, pesawat itu sebelum ini terbang dari Los Angeles ke Hawaii sebelum meninggalkan Honolulu pada 27 Februari.
Pesawat itu akan diletakkan di tempat menyimpan dan menyelenggara kapal terbang bersama beberapa pesawat dan helikopter lain milik Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim bertitah, pesawat terbaharunya itu yang boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan baginda untuk mempromosikan negeri Johor. Pegawai kerajaan akan turut dibawa baginda dalam perjalanan kelak.
“Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal,†katanya.
Menjawab soalan sama ada baginda akan menerbangkan sendiri pesawat itu memandangkan baginda sendiri juruterbang berkelayakan: “Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum terbangkannya.â€Â
Ditanya mengenai perancangan lawatan sulungnya menggunakan pesawat berkenaan, Sultan Ibrahim menjawab: “Saya masih belum merancang perjalanan tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar.â€Â
Menurut baginda pesawat tersebut mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuklah tambahan 18 bulan bagi pengubahsuaian dalaman seperti ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.
Baginda juga berharap untuk membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Straitstimes