Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya...

Ambil Tindakan Lestari Sokong...

DUBAI - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggesa organisasi mengambil tindakan...

Pelantikan Kabinet Hak Mutlak...

MCA tidak meletakkan sebarang permintaan khusus untuk jawatan Kabinet sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada...

Jatuh Miskin Lepas Suami...

SIAPA sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang...

Pizza Hut Sasar Produk Baharu Tingkat Jualan Sebanyak 20%

KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia, anak syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menyasarkan produk ‘Hut’s Delight Meals’ yang baharu dilancarkan mampu menjana jualan sebanyak 20 peratus pada sepanjang tempoh promosi bermula hari ini.

Timbalan Pengurus Pemasaran Pizza Hut Marketing, Sharon Khor berkata promosi sehingga pertengahan April depan itu, menawarkan harga serendah RM14 seorang dengan pelbagai pilihan kombo khusus bagi pelanggan yang makan di restoran.

Menurutnya, sajian ‘Hut’s Delight Meals’ itu diperkenalkan bagi memberi produk bernilai untuk wang berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup.

“Lebih banyak produk inovatif akan diperkenalkan tahun ini. Malah, kami kini bekerjasama erat dengan kumpulan penyelidikan dan pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sajian ‘Hut’s Delight Meals’ di sini hari ini.

Menu itu boleh dinikmati di lebih 300 cawangan Pizza Hut di seluruh negara.


Promosi mengenainya turut dihebahkan menerusi televisyen, radio, akhbar serta media sosial agar merangkumi asas pelanggan yang lebih besar.

Ditanya sama jika syarikat itu berhasrat membuka lebih banyak cawangan pada tahun ini, Khor berkata, Pizza Hut kini dalam proses mengenal pasti lokasi yang
sesuai.

“Kami akan membuka lebih banyak cawangan lagi jika ada peluang serta lokasi yang ideal,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zOAiShy09KE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori