Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Tembak Lelaki Bergari...

Savannah, Georgia - Seorang anggota polis Amerika Syarikat yang menembak mati seorang lelaki...

Gadis Dapat Jawatan Kapten...

KEJAYAAN gadis berusia 21 tahun yang berjaya mendapat jawatan kapten termuda tren aliran ringan...

‘Kita Sedia Atur Jumpa...

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita...

Cuaca Panas Tidak Jejas...

LANGKAWI - Cuaca panas yang berlaku sejak awal tahun ini ekoran fenomena El...

Tun Razak Dikurnia Anugerah Negarawan Ulung

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini dikurniakan Tokoh Negarawan Ulung pada Anugerah Bisnes Utusan 2015.

Anugerah tersebut disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada balu Allahyarham, Tun Rahah Mohammad Noah, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Tun Abdul Razak, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima anugerah itu atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai arkitek yang berperanan penting dalam pembangunan negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Berhad Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu Datuk Mohd Noordin Abbas.

Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh Kumpulan Utusan turut menyaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengasas Universiti Lim Kok Wing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, dan Pengerusi Westports Malaysia Sdn Bhd Tan Sri G. Gnanalingam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.


Selain itu, terdapat 31 kategori lain bagi mengangkat tokoh yang berkaliber dalam pembangunan ekonomi negara.

Ini termasuk Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance Berhad Datuk Koh Yaw Hui menerima anugerah bagi sektor Insurans dan Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sektor sosial koporat.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dipilih sebagai Ikon Bisnes Terbaik manakala Pengarah Urusan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menerima anugerah Usahawan Terbaik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]e3IBjX-YB7M[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori