Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Bekas Menteri Kewangan...

KUALA LUMPUR – Dua bekas Menteri Kewangan II hadir memberi penerangan dan penjelasan...

Tun M Jadi Rafizi...

TARIKH 11 Jun 2016, Tun Dr. Mahathir secara peribadi telah 'turun padang' berceramah...

Logo Baharu Instagram, Apa...

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan...

Fizie Hot FM Nafi...

SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai penyebaran beberapa keping gambar bogel yang dipercayai menyerupai...

Video: Awek Borak Dengan Polis Sambil Hidu Gam

RAKAMAN video seorang gadis berbual dengan polis selepas ditahan kerana dikatakan cuba mencuri motosikal mencuri perhatian netizen.

Gadis tersebut dilaporkan ditahan selepas rakan lelaki yang cuba melakukan jenayah curi bersamanya lari meninggalkan dia di tempat kejadian.

Berdasarkan gaya percakapan gadis itu sedang khayal malah masih selamba menghidu gam sambil menjawab pertanyaan yang diajukan.

Komen seorang pengguna Facebook pada video ini bagaimanapun mendedahkan, gadis tersebut sememangnya dikenali di kawasan tertentu di Melaka.

gam

Dia dikatakan ‘popular’ kerana sering dilihat khayal selepas menghidu gam namun petah bercakap apabila diajak berbual.

Dia juga akan mengambil apa sahaja yang dilihat depan matanya apabila khayal termasuk baju, kasut, helmet dan lain-lain.


Menurut pengguna Facebook tersebut, gadis itu sudah beberapa kali dihantar ke pusat pemulihan namun dalam masa singkat akan muncul kembali, dipercayai selepas melarikan diri.

Diharapkan awek dalam video di atas dipastikan tidak lagi mengulang perbuatan sama kerana amat menyedihkan pada usia muda dia memilih jalan hidup yang merendahkan maruah diri sebagai perempuan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori