Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Speaker DUN Johor Diketahui...

JOHOR BAHRU - Teka teki siapa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor...

PRK Kemaman: BN Pertaruh...

KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) menganggap parti itu ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil...

Lelaki Maut Kereta Dinaiki...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 59 tahun maut selepas kereta dinaikinya bertembung...

Bot Nelayan Vietnam Tangkap...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan sebuah bot...

Apple Bantu Jejak MH370 Selepas Sejam Dilaporkan Hilang

KEHILANGAN misteri pesawat Boeing 777-200ER, MH370 milik syarikat penerbangan MAS masih belum terjawab selepas hampir dua tahun misi pencariannya diteruskan sejak 8 Mac 2014.

Kawasan yang mempunyai kemungkinan tertinggi untuk menemui pesawat itu masih lagi diimbas dengan beberapa kapal khas, namum setakat ini hanya bahagian flaperon sayap yang tersadai di Kepulauan Reunion berjaya ditemui pada Julai tahun lalu.

Baru-baru ini, syarikat teknologi terbesar dunia, Apple telah mengakui bahawa mereka juga terlibat memberikan bantuan kepada FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 itu.

Dalam sebuah kongres berkenaan isu penggunan sistem penyulitan, penasihat guaman Apple, Bruce Sewell mengakui bahawa Apple sebenarnya memberikan bantuan kepada FBI dalam masa sejam selepas pesawat itu dilaporkan hilang dari radar.


Bantuan yang diberikan dalam bentuk mencari ping dari peranti Apple yang digunakan oleh penumpang dalam pesawat itu. Bruce Sewell juga berkata sistem GPS iPhone pernah digunakan untuk mencari seorang kanak-kanak yang telah diculik.

Apple juga memberitahu bahawa mereka akan membantu pihak berkuasa dalam situasi kecemasan dan kes-kes tertentu sahaja.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RjWVf8-WHjw]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori