Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda Obes 286 Kilogram...

KUALA TERENGGANU - Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali...

14 Premis Bazar Ramadan...

PUTRAJAYA: Sebanyak 14 premis makanan di Bazar Ramadan diarah tutup oleh Bahagian Keselamatan...

Beri Kerjasama Kepada Saudi...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan berhubung rapat dengan Kedutaan Malaysia...

Ramasamy Tetap Mahu SOSMA...

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, tidak berganjak dengan...

Lelaki Mengaku “Nabi Isa” Kini Bertaubat

JAKARTA – Seorang guru agama di Indonesia yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan sering menerima wahyu dari Tuhan telah bertaubat dan mengaku perbuatannya menyimpang dari ajaran Islam.

Gus Jari bin Supardi, 44, guru agama di Pondok Pesantren Kahuripan Ash-Shirot di Dusun Gempol, Desa Karangpakis, daerah Jombang di Jawa Timur, bertaubat dalam satu majlis di hadapan ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jombang, Kholil Dahlan,

Beliau yang mendakwa dirinya sebagi Nabi Isa sejak 2004 dan mengaku menerima wahyu Illahi itu mempunyai lebih 100 pengikut dan mereka mengamalkan beberapa perbuatan syirik seperti membina makam Nabi Muhammad dalam sebuah masjid.

Gus Jari juga mendakwa sering mendengar bisikan di telinganya mengenai perintah Tuhan dan menganggap ia adalah bisikan malaikat yang membawa wahyu dan telah diperintah oleh Tuhan untuk membawa umat Islam ke jalan yang benar.

Media tempatan hari ini memetik Kholil sebagai berkata, Gus Jari bersama para pengikutnya telah menyatakan insaf atas kesesatannya selama ini dan bertaubat kembali ke ajaran Islam.

Katanya, MUI juga telah meroboh sebuah tugu diperbuat dari batu hitam dalam Masjid Pondok Pesantrian Kahuripan Ash-Shirot yang menjadi tempat pengikut ajaran sesat itu menjalankan upacara syirik dan kononnya sebagai simbol kenabian Gus Jari.


“Alhamdulillah, Gus Jari bersama jemaahnya telah bertaubat dan beliau sendiri memimpin anak sulung lelakinya sebelum ini diiktiraf sebagai Imam Mahdi untuk bertaubat,” kata beliau.

MUI kemudian mengeluarkan larangan kepada Gus Jari untuk mengajar dan menganjurkan majlis-majlis keagamaan.

Kisah penyebaran ajaran Gus Jari itu heboh diperkatakan oleh penduduk setempat sejak 10 tahun lepas dan pengikutnya didapati bertambah dari tahun ke tahun dan percaya bahawa lelaki itu adalah seorang nabi.

Gus Jari juga sebelum itu pernah berdebat dengan pegawai-pegawai agama dari MUI dan tetap mengaku dirinya sebagai Nabi Isa dan menerima wahyu ketika sedang bersujud pada 2004. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori