Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah Fail Rayuan Terhadap...

KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini memfailkan...

Guna Nama PMO Tindakan...

Kuala Lumpur : Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang...

PM Adakan Pertemuan Tertutup...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa...

Murid Masih Boleh Berkasut...

AKHIRNYA... Setelah kecoh dikutuk rakyat, peraturan pemakaian kasut warna hitam oleh murid di...

Nur Zawana Perlukan Bantuan Kos Rawatan Pembedahan

SEORANG wanita berusia 28 tahun yang disahkan menghidapi ketumbuhan di bahagian otak, memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan penyakit ganjil yang dihadapinya.

Nur Zawana Abdul Rahman dari Muar, Johor dikesan menghidap penyakit Von Hippel-Lindau (VHL) Syndrome, iaitu sejenis tumor yang berpunca daripada metastatik sebaran sel kanser di bahagian otak.

Penyakit tersebut sememangnya merupakan penyakit ganjil yang sangat jarang ditemui di mana menurut fakta diterbitkan laman perubatan, dikatakan hanya 1 daripada 36,000 manusia berpotensi dijangkiti VHL syndrome.

1

Apa yang lebih memilukan ialah ayah kepada Nur Zawana telah lama meninggal dunia dan hanya ibunya, Rashiyah binti Mahadi yang merupakan suri rumah menjaga segala keperluaan dan ubat-ubatan kepada Zawana.

Di laman sosial Facebook pula, berita mengenai penderitaan ditanggung Nur Zawana turut dikongsikan beberapa rakan dan kenalannya yang rata-ratan rakan sekelas di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Muar, Johor.

3333

kak2


sakit

2
Antara mesej yang diperbualkan Zawana sendiri berkenaan kondisi yang dihadapinya kepada rakan-rakannya.

Setakat hari ini, pembedahan peringkat pertama dijalankan pada 2 Mac di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa pembedahan susulan yang merangkumi proses kemoterapi akan dilakukan bagi memastikan keadaan kesihatan Zawana dikawal rapi.

Pihak hospital akan mengeluarkan tumor sebanyak yang mungkin bergantung kepada kedudukannya sama ada berdekatan dengan sarat atau tidak.

Sekiranya tumor tidak boleh dikeluarkan kerana berada di kedudukan yang berbahaya seperti di stem otak, maka radioterapi akan diberikan selepas pembedahan.

Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan, Nur Zawana boleh dihubungi di talian 0176389731 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milikRashiyah Binti Mahadi (101049264113). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori