PELAKON kacak Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, 34, mengakui dirinya tidak berasa tertekan malah tidak mempunyai sebarang tekanan untuk menamatkan zaman bujangnya.
Dia turut memberitahu bahawa dia sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang dan dia meletakkan soal jodoh kepada ketentuan dan hanya akan mengikut apa yang sudah ditentukan oleh Tuhan untuknya.
“Saya pernah cakap bahawa saya ingin mendirikan rumahtangga apabila berusia 28 tahun tapi kini sudah tersasar jauh dengan apa yang saya jangkakan.”
“Kali ini biarlah waktu dan jodoh sahaja yang menentukan apa terbaik untuk saya. Saya tak mahu menetapkan masa kerana bimbang ia tidak jadi lagi” katanya di majlis perlancaran Rumy By Remy Ishak baru-baru ini.
Remy juga mengakui bahawa dirinya kini sedang berkawan dengan seorang wanita dan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Apa yang boleh saya katakan, saya dalam proses mengenal hati budi seseorang dan rasanya masih belum sampai masa untuk saya berkongsi status kami sekarang”. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QoGO8JW1MTE]