SUPERCELL, penerbit permainan Clash Of Clans yang menjadi kegilaan ramai peminat tegar di seluruh dunia telah muncul dengan beberapa teaser untuk permainan Clash Royale baru-baru ini.
Sebelum ini mereka telah menguji permainan baharu itu beberapa buah negara untuk melihat sambutan yang diberikan.
Kini, Supercell telah pun melancarkan permainan baharu itu secara rasmi pada peringkat antarabangsa, membolehkan semua pengguna dan penggemar di dunia dapat memainkannya.
Permainan Clash Royale ini membawa pelbagai watak dari Clash Of Clans, tetapi diubah sedikit dari segi permainannya. Clash Royale lebih fokus kepada perlawanan antara dua pihak dalam bentuk masa-nyata.
Ia juga membolehkan pengguna mengumpulkan kad unutk tambah kuasa serangan mereka waktu bermain. Seperti Clash Of Clans, pemain dikehendaki memusnahkan dan menakluki kawasan pihak lawan untuk mengumpul kemenangan.
Permainan Clash Royale ini ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran untuk pengguna Android dan iPhone.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HAB6OPF9EhQ]