RAKAMAN video yang memaparkan seorang wanita berusia lewat 20-an dipukul dengan paip getah tanpa henti meluas tersebar menerusi media sosial tanah air.
Kejadian terbaharu ini dikatakan berlaku di sebuah pusat permainan snooker di Pulau Pinang, namun tarikh dan waktu kejadian itu tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Menerusi video berdurasi 37 saat ini, wanita yang dipercayai warga tempatan itu dipukul menggunakan paip getah oleh seorang lelaki berbangsa Cina sambil perbuatannya dirakam oleh rakannya.
Video: Pekerja Dibelasah Sampai Nazak Sebab ‘Short’ Duit
Lagi Kes Getah Paip, Kali Ini Di Pulau Pinang oleh mynewshub
Dalam video tersebut, mangsa dipukul tanpa henti di bahagian badannya meskipun dia merayu beberapa kali meminta lelaki itu berhenti memukulnya.
“Tolong! Tolong! Allah!” kata mangsa.
“Saya tak boleh cakap apa, you orang kasi saya buang kerja. Saya buat kerja saja,” kata lelaki yang merakam video berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dipercayai mempunyai hutang duit dengan mereka. Namun mangsa gagal membayar menyebabkan mereka mengambil tindakan memukul mangsa dengan paip getah.
Netizen meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat perlaku video terbabit agar tindakan yang setimpalnya dapat diberikan kepada pelaku zalim terbabit. – MYNEWHSUB.CC