LAMAN Facebook Southern Tiger hari ini ‘diserang’ hebat oleh beberapa pengikutnya sendiri gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman itu.
Gambar yang menunjukkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semasa berada di Valencia, Itali bersama isteri, Che Puan Khaleeda dikatakan tidak sesuai untuk ditatap oleh masyarakat umum.
Keprihatinan netizen terhadap perkara-perkara yang mampu memburukkan nama baik kerabat diraja Johor itu terserlah apabila ramai antara mereka menggesa agar gambar berkenaan segera dipadam.
“Johor Southern Tigers tolong remove pic ni ye… tak sesuai diupload… terima kasih,†ujar pengguna Facebook, Farhana Zainal Prudential.
Manakala, Mamajie Zie menasihati agar gambar-gambar yang berkaitan dengan kerabat diraja Johor ditapis terlebih dahulu sebelum dimuat naik.
“Ya, admin sama-samalah kita menjaga nama negeri Johor.. sebelum post sesuatu gambar.. sila tapis dahulu gambar-gambar yang berkaitan dengan kerabat negeri Johor…,†tulisnya.
Bagaimanapun, setelah ditegur oleh netizen, penggendali laman berkenaan dilihat memadam kesemua komen yang berada di pautan, termasuklah ‘nasihat’ daripada pengguna Facebook berkenaan gambar ‘mencolok mata’ itu.
Tunku Ismail berada di Valencia bagi mengadakan perjumpaan dengan ketua jurulatihnya, Gary Neville serta penolong jurulatih, Phil Neville untuk membincangkan idea dalam kemajuan bola sepak kedua-dua belah pihak.-MYNEWSHUB.CC