Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Isu Joe Digugurkan: “Biar...

VOKALIS Wings iaitu Awie enggan mengulas berkaitan kemelut yang melanda kumpulan legenda itu...

Pemandu Grab Ditemui Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan...

MIDA Frankfurt Yakin Dengan...

FRANKFURT - Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Frankfurt yakin dengan prospeknya...

Kenaikan Awal Gaji Kakitangan...

Sejak semalam tersebar berita menyatakan kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji awal bermula...

Kempen “Pay It Forward” Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

SHAH ALAM – Majlis Belia Selangor (MBS) hari ini melancarkan kempen ‘Pay It Forward’ bagi membantu golongan kurang berkemampuan termasuk pelajar mendapatkan makanan secara percuma atau murah.

Ketua Penerangan MBS Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid berkata menerusi inisiatif itu, golongan berkenaan boleh mendapatkan makanan secara terus daripada gerai makanan dan minuman yang menyertai kempen berkenaan.

“Untuk permulaan, kita lancarkan kempen ini di Anggerik Mall yang membabitkan 11 pengusaha gerai makanan dan minuman di medan selera di sini.

“Menerusi kempen ini, pengunjung bukan sahaja berbelanja (di gerai) tetapi turut menyumbang kepada mereka yang kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di pusat beli-belah berkenaan.

Setiap sumbangan yang diterima peniaga itu akan dicatat dan ditampal pada papan notis di setiap gerai itu.

“Sebagai contoh, jika ada pelanggan membayar segelas air teh dengan tujuan untuk disedekahkan, pengusaha gerai akan menulis mengenainya di kertas dan menampal pada papan itu.


“Jadi, pihak berkenaan maklum bahawa ada air teh yang telah dibayar untuk mereka…begitu juga sekiranya pelanggan memberi sumbangan berbentuk wang tunai, golongan ini boleh mendapatkan makanan mengikut nilai wang itu atau dengan menambah sedikit wang mereka,” katanya.

Nurul Hidayah berkata kempen itu dilihat bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan tetapi secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk bersedekah.

MBS berhasrat memperluas kempen itu di beberapa gerai makanan dan restoran di seluruh negeri ini, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori