Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

TMJ Akui Silap Mohon...

KUALA LUMPUR - "Saya bertanggungjawab atas permulaan musim (Liga Malaysia 2017) yang tidak...

Tourism Malaysia Sasar Perolehan...

BERSEMPENA penganjuran MATTA Fair 2016 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 Mac...

RCI Forex: Mahathir Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memfailkan...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin kencang...

Anak Bawa Bapa Lumpuh Tinggal Bersama Di Asrama

HENAN – Dek kerana risaukan bapa yang membesarkannya selama ini, seorang pelajar membawa lelaki itu tinggal bersamanya di universiti tempat dia belajar.

Zhao Delong membawa bapanya ke asrama tempat tinggalnya di universiti bagi membolehkannya menjaga bapanya yang lumpuh itu sepenuh masa.

Menurut Zhao, ketika kecil dia pernah mengalami penyakit polio dan bapanya bersusah payah menjaganya sehingga dia mampu untuk berjalan semula dan meneruskan pengajian ke peringkat universiti,

“Bapa bersusah payah menjaga saya sebelum ini. Kini dia sedang sakit dan saya tidak akan tinggalkannya berseorangan,” jelas Zhao.

Setiap hari, Zhao akan membersihkan muka, memberus gigi dan menyikat rambut bapanya malah turut akan memasak serta membantu lelaki itu melakukan senaman.


Pihak universiti turut menyediakan bilik khas kepada kedua beranak itu bagi meneruskan kehidupan.

Zhao turut melakukan kerja separuh masa untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka. - Dailymail

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori