Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Paksa Mukhriz...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak...

Mesyuarat Khas SPR Bincang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 13...

APMM Tahan Tekong, 3...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dikelar...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar...

Lebih Banyak Kekosongan Akan Ditambah Di Hospital Kerajaan

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan bercadang untuk menambah lebih banyak kekosongan jawatan bagi pegawai perubatan dan doktor pakar untuk menampung bilangan graduan perubatan menjalani housemanship (latihan) di hospital kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada masa ini terdapat ramai graduan perubatan yang tidak mendapat tempat untuk housemanship berikutan kekosongan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata kewujudan lebih banyak jawatan di hospital kerajaan adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 untuk mempunyai nisbah seorang doktor kepada 400 penduduk menjelang tahun 2020 dengan sistem penjagaan kesihatan dipertingkatkan melalui beberapa strategi.

“Kami sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah lebih banyak kekosongan jawatan di hospital kerajaan dan keputusan perbincangan itu akan diumumkan setelah semuanya selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia ialah 1:600 dan kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak jawatan kepada doktor bagi mencapai nisbah sasaran iaitu 1:400.

Bagaimanapun, Hilmi berkata setiap tahun, kira-kira 4,000 ke 5,000 graduan perubatan memohon housemanship tetapi tiada tempat yang mencukupi untuk menampung mereka kerana tempoh housemanship ialah dua tahun.

“Masalahnya ialah tidak semua graduan yang lulus housemanship dalam masa dua tahun, ada yang perlu melanjutkan tempoh kerana mereka gagal dalam beberapa kriteria, jadi setiap tahun, terdapat 10,000 graduan perubatan yang menjalani housemanship di hospital kerajaan,” katanya.


Beliau menambah, selain mewujudkan lebih banyak jawatan, kementerian dan JPA sedang mencari strategi lain bagi menangani masalah itu.

Terdahulu, Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau melawat empat anak Allahyarham Hanizar Abd Hamid dan Allahyarham Zaiton Awang yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Sungai Petani Rabu lepas.

Beliau berkata UMNO Balik Pulau akan membuat kutipan dana bermula dengan RM5,000 bagi membantu kebajikan empat anak itu, Ainatul Balqis, 15, Nur Ainul Huda, 13, Muhd Amirul Hafiz, 10 dan Iskandar Zulkarnain, 8, yang kini berada di bawah jagaan mak cik mereka Zurita Mohd Zahir, 40, di Teluk Kumbar.

Pasangan suami isteri itu terbunuh selepas motosikalnya dirempuh kereta Perodua Kancil sebelum bertembung dengan treler yang berhenti di Kilometer 106.5 Lebuh Raya Utara Selatan menghala selatan di sini pada 6.35 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori