Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Foto: Fesyen Selebriti Di...

SEJUK mata memandang bila melihat gaya dan fesyen selebriti tanah air ketika menjayakan...

Pelajar Parah Dipercayai Terjatuh...

KUCHING - Seorang pelajar parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah...

Nahas Pesawat: Laluan Keluar...

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah...

Rakyat Didahulukan Dalam TPPA...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa kerajaan...

30 Kes Keracunan Dari Salah Guna Ubat Dilapor Setiap Hari

GEORGETOWN – Sebanyak 30 kes keracunan berpunca daripada salah guna pengambilan pelbagai jenis ubatan dan racun direkodkan setiap hari di negara ini.

Ketua Pusat Usahasama Informasi Dadah bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Rahmat Awang berkata kebanyakan kes keracunan melibatkan salah guna ubat jenis paracetamol.

Keracunan juga berlaku apabila seseorang pesakit memakan ubat berlebihan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila pesakit tidak tahu nama dan jenis ubat yang dimakan.

“Biasanya apabila mereka mengalami keracunan mereka beritahu termakan ubat berlebihan tetapi apabila kita tanya, dia tidak boleh nak sebut nama ubat itu,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Simposium Keracunan Kebangsan 2016 di sini hari ini.

Simposium yang julung kali diadakan itu dianjurkan Persatuan Farmasi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Racun Negara dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Simposium itu dengan tema Peranan Ahli Farmasi dalam Pencegahan dan Pengurusan Kejadian Keracunan, dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Mengulas lanjut, Rahmat berkata kanak-kanak muncul sebagai golongan utama terdedah kepada bahaya keracunan diikuti oleh golongan dewasa dan remaja.

“Kebelakangan ini kita (Pusat Racun Negara) mengendalikan 5,000 hingga 6,000 kes keracunan setiap tahun di negara ini.


“Kes-kes keracunan ini membabitkan dua kumpulan besar iaitu kes keracunan yang disengajakan dan keracunan yang tidak disengajakan,” katanya.

Rahmat berkata kebanyakan keracunan melibatkan salah guna ubat jenis paracetamol kerana ubat tersebut mudah didapati di farmasi atau kedai serbaguna.

Dalam pengambilan paracetamol, sesetengah pesakit didapati mencampurkannya dengan bahan tambahan bagi mendapatkan kesan lebih ketara, katanya.

Terdahulu, Ahmad Shukri dalam ucapannya berkata racun dan akibat keracunan lazimnya dikaitkan dengan kecederaan dan kematian.

“Mengikut WHO, ia merupakan ancaman utama kepada kesihatan awam di peringkat global.

“Kematian dan kecederaan yang berlaku akibat keracunan sering dikaitkan dengan penggunaan sesuatu bahan terutamanya ubat-ubatan yang tidak mengikut dos yang dibenarkan serta pengendalian dan penyimpanan sesuatu bahan yang tidak mematuhi garis panduan keselamatan ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata tidak semua kejadian keracunan berlaku secara tidak sengaja malahan terdapat juga keracunan yang disengajakan terutama dalam cubaan bunuh di mana bahan kimia lazim digunakan untuk mendorong kematian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori