Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Perogol Dibogel, Diarak...

NEW DELHI - Dua lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 17...

Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat...

Kenapa KPM Lewat Agih...

DARI FB NAJIB RAZAKBANTUAN 150,000 unit peranti bagi murid-murid golongan B40 dilulus dalam...

Senheng Now Offers Click...

IF you find waiting for the goods you purchase is stressing you out,...

UTC Perlu Ditambah Untuk Penuhi Keperluan Rakyat

JOHOR BAHRU – Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang memberi faedah dan sumbangan besar kepada rakyat memang tidak dinafikan, kerana itu lebih banyak pusat seumpama itu perlu diwujudkan.

Tinjauan Bernama di UTC Galleria@Kotaraya di sini mendapati orang ramai berpuas hati dengan kewujudan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

UTC Galleria@Kotaraya yang telah beroperasi sejak 3 Julai tahun lepas, menempatkan sebanyak 31 agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang beroperasi di tingkat dua, tiga dan empat setiap hari kecuali cuti umum.

Antara kaunter yang menjadi tumpuan ramai ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Klinik 1Malaysia.

Seorang pengusaha pengangkutan yang hanya mahu dikenali sebagai Durai, 43, berkata lebih banyak UTC perlu diwujudkan bagi memudahkan rakyat luar bandar dan sebagainya membuat pelbagai urusan dalam satu masa.

“Sebelum ini saya terpaksa beratur panjang. Sekarang sudah senang sikit… lagipun masa operasi UTC ini agak panjang sehingga malam,” katanya yang menetap di Skudai.

Durai juga berkata dirinya dapat menjimatkan masa dengan berurusan dengan pelbagai agensi dalam kawasan yang sama seperti berurusan dengan Majlis Perbandaran Johor Baharu bagi menyelesaikan saman dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya bagi memperbaharui lesen.

Durai juga sangat berpuas hati dengan layanan di kaunter perkhidmatan selain mesra kemudahan asas seperti tandas yang bersih dan sebagainya.

Sementara itu, seorang penjawat awam Zahala Yah, 56, berkata UTC memang memberi perkhidmatan yang menguntungkan rakyat.


“Dengan pemusatan pelbagai agensi di sini ia menguntungkan rakyat dari segi masa di mana kami tidak perlu berkejar ke sana sini untuk menyelesaikan urusan kami,” katanya yang menetap di Bandar Baru Uda.

Katanya, UTC juga memudahkan golongan yang bekerja sepertinya kerana dapat melakukan pelbagai urusan selepas waktu pejabat memandangkan waktu operasi UTC sehingga malam.

“Dengan itu, saya tidak payah memohon cuti seperti sebelum ini untuk melakukan urusan di JPJ dan sebagainya,” katanya yang lebih suka mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia.

Bekas Pelajar Politeknik Metro Johor Baharu, Muhamad Syafiq Muhamad, 22, berkata dia dapat berurusan dan mendapat maklumat yang terperinci tentang cara pembayaran pinjaman pendidikan di Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya yang kini bekerja sebagai pembantu jualan di Johor Premium Outlet.

UTC Galleria beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 10 malam setiap hari kecuali cuti umum manakala sepanjang bulan Ramadan pula bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan UTC tersebut sempena lawatan kerja ke Johor esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UTC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori