PELAKON Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, mengakui kehidupannya selepas berkahwin kini lebih teratur, dan suaminya Muhammad Faliq Amiruddin juga sangat memahami kerjayanya itu.
“Saya mengurus kerjaya isteri saya, tapi tak bermaksud saya sekat kebebasannya. Dalam soal lakonan, saya biarkan Nad sendiri yang pilih watak dan lakonan yang sesuai dengan statusnya yang bergelar isteri”
“Nad langsung tidak membelakangkan saya dalam urusan kerjayanya, dan saya sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri seperti Nad.
“Apa sahaja tawaran yang diterima, dia mesti merujuk kepada saya dahulu mengenai apa yang ditawarkan kepadanya”
“Saya memberikan kebebasan kepada Nad untukk menentukan sendiri ingin menerima atau tidak tawaran yang diberikan kepadanya.
“Saya tidak menghalang. Saya memahami minat dan kerjayanya dan saya tidak akan mengongkong”. – Mynewshub.cc
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=kH6IG7p61UE]