SEORANG wanita secara terbuka telah ‘menyekolahkan’ anak lelakinya yang berusia 12 tahun di khalayak ramai apabila anaknya itu ‘kantoi’ membuli seorang pelajar perempuan baharu di sekolah.
Terry Evans yang merupakan seorang ibu tunggal telah memberikan teguran terbuka dan ‘pedas’ kepada anaknya itu, Jacob melalui satu posting di akaun Facebook.
Dia menulis bahawa dia benar-benar berasa ‘jijik’ dengan tindakan anaknya yang sengaja menyadung kaki pelajar perempuan di sekolahnya sehingga kasut pelajar itu ‘rosak’.
Terry kemudian memberi amaran kepada anaknya:
“Jika anda buat lagi perkara seperti ini kepada dia atau pelajar perempuan yang lain, saya sendiri akan hantar kamu kepada ibu bapa mereka, dan tanggunglah sendiri apa yang akan dilakukan kepada kamu.”
Sejak posting itu ditulis, ia telah mendapat lebih 54,000 likes dan telah dikongsi melebihi 11,200 kali. Rata-rata memberikan pujian “didikan yang hebat” kepada Evans.
Evans juga memberitahu anaknya bahawa dia tidak akan menerima sebarang hadiah hari jadi kerana dia perlu membelikan pelajar perempuan itu sepasang kasut baharu dan sejambak bunga.
Evans juga telah menggunakan hashtag #SayaTidakAkanMenerimaBuliDiDalamRumah dan ia juga telah menjadi viral menerusi media sosial.
Pada mulanya, Evans meletakkan nama Facebook anaknya di status itu supaya kawannya dapat lihat “tindakannya itu mempunyai akibat”, tetapi nama Jacob dikeluarkan dari posting itu selepas ia menjadi viral di media sosial.
Evans juga menjelaskan bahawa dia telah menasihati anaknya atas apa yang telah dilakukan dan bukan hanya menulisnya di akaun Facebook unuk menjadi bahan bacaan.
Baca: Ibu Hantar Invois Pada Anak, Caj Semua Perkhidmatan Disediakan
Juga: Sedih Anak Lelaki Malu Dipeluk, Ibu Ini Reka Patung Sebenar Anaknya
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dVk-yiDNwM0]