Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TV Pendidikan Bakal Dihidupkan...

KEMBALI... Kementerian Pendidikan akan hidup semula TV Pendidikan secara percuma kepada pelajar sekolah...

PRN Sarawak: Penyokong Pakatan...

KUALA LUMPUR - Rata-rata penyokong Pakatan Harapan mempertahankan DAP dan menyalahkan Parti Keadilan...

PKBM Terus Kerjasama KBS...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kementerian Belia dan Sukan...

Bukit Kayu Hitam Jadi...

ALOR SETAR – Kerajaan akan membangunkan kawasan Bukit Kayu Hitam menjadi ‘Langkawi Kedua’...

Tiga Hari Tayangan, Filem Boboiboy Kutip RM2 Juta

TERDAPAT kurang dari 10 filem animasi yang berjaya dihasilkan oleh studio animasi tempatan sehingga kini, bermula dengan ‘Silat Lagenda’ sebagai filem pertama diikuti dengan filem lain seperti ‘Putih’, ‘Geng: Pengembaraan bermula’, ‘War of The World: Goliath’ dan bermacam lagi.

Pada Khamis lalu, filem animasi ‘Boboiboy The Movie’ telah memulakan tayangannya di seluruh negara selepas hampir 4 tahun melalui fasa pembangunan.

Walaupun belum cukup seminggu tayangan, pihak Animonsta telah berkongsi satu posting di akaun Facebook Boboiboy berkenaan kemaskini kutipan terkini filem tersebut.

Untuk tiga hari pertama tayangan yang bermula Khamis Lalu, mereka telah berjaya memperoleh RM2 juta.

Pengarah filem Boboiboy, Nizam Razak sebelum ini mengatakan dia tidak meletakkan sebarang sasaran bagi kutipan filem ini.


Tetapi selepas itu, dia berkata, sasaran kutipan mereka adalah sekitar RM12-13 juta untuk tayangan di Malaysia & Brunei, manakala RM 12-13 Juta untuk tayangan di Indonesia, menjadikan jumlah besar RM25 Juta untuk ketiga-tiga negara ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori