Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sharifah Shahora Maintain Badan...

SEBELUM ini, rumah tangga pelakon Sharifah Shahora pernah mengalami keretakan akibat kehadiran wanita...

KPDNKK Sasar 1,000 Syarikat...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan sebanyak 1,000...

Isteri Tak Sekat Alif...

STATUS sebagai suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata tidak menjadi masalah...

Senarai Calon Parti-Parti Di...

KUALA LUMPUR – Berikut senarai calon parti-parti politik yang akan bertanding di Perlis...

Positif Dadah, Maria Sharapova Digantung Persatuan Tenis Dunia

BINTANG tenis terkemuka dunia, Maria Sharapova dilaporkan gagal ujian dadah yang dilakukan pada Kejohanan Tenis Terbuka Australia, Januari lalu.

Akibatnya, Sharapova digantung dari menyertai mana-mana kejohanan bermula 12 Mac ini , sehingga satu tarikh yang akan diberitahu.

Pemenang lima kali Grand Slam itu ketika membuat pengumuman di Los Angeles, Amerika Syarikat berkata dia terkejut dengan keputusan tersebut dan tidak menyangka dia telah melanggar peraturan ditetapkan.

Ini kerana Sharapova mengakui mengambil ubat untuk merawat kesihatan jantung yang telah digunakan olehnya dan keluarga sejak 10 tahun lalu.

Duta kereta mewah Porsche itu difahamkan mengambil Meldonium sejak 2006 memandangkan dalam keluarganya terdapat sejarah penyakit kencing manis.

Namun hanya baru-baru ini sahaja Sharapova, 29, menerima surat daripada Persatuan Tenis Antarabangsa mengatakan ubatan yang diambilnya itu salah satu daripada bahan larangan yang ditetapkan badan tersebut.

“Saya telah gagal dalam ujian (dadah) dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara tersebut.


“Adalah penting untuk semua tahu bahawa saya telah mengambil ubat itu sejak 10 tahun lalu yang mana sebelum ini ianya tidak termasuk dalam senarai bahan larangan namun peraturan tersebut sudah berubah sejak 1 Januari lalu dan saya langsung tidak tahu mengenainya.

“Saya telah melakukan kesilapan besar. Saya mengecewakan peminat dan menjatuhkan martabat sukan yang saya suka sejak berumur empat tahun lagi,” katanya.

Sharapova bagaimanapun menerima keputusan pengantungannya itu dengan hati terbuka dan berharap karier sukannya tidak akan berakhir dengan situasi buruk seperti itu.

Kejohanan Terbuka Australia yang berlangsung dari 16 hingga 30 Januari lalu menyaksikan pemain dari Jerman, Angelique Kerber menumpaskan Serena Williams sekaligus meraih gelaran Grand Slamnya yang pertama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori