Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keluhan Siswa Filem Tentang...

BARU-BARU ini tular di laman sosial mengenai luahan rasa seorang pelajar yang tidak...

SPRM Teliti Skandal Kaya...

PUTRAJAYA - Perkara ini sudah dibangkitkan pembangkang sejak lama dulu... zaman sebelum Tun...

1MDB: Mahkamah Arah Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi mengarahkan pihak...

Pengguna Media Sosial Perlu...

LARUT - Pengguna media sosial perlu beretika dan berhenti menyebarkan fitnah dan tohmahan...

Lelaki Tempatan & 2 Warga Thailand Dituduh Edar Dadah 41.28 Kg

PASIR MAS – Tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah jenis Metamphetamine seberat 41.28 kilogram, bulan lepas.

Pekerja perkakasan Syazwan Salim, 27, dua warga Thailand Masawee Mamah, 45, dan Awae E Sor, 35, kedua-duanya penoreh getah, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Mereka didakwa mengedar dadah jenis Methampetamine seberat 41.28 kilogram di dalam kereta jenis Nissan bernombor pendaftaran Thailand di bawah garaj di Kampung Bagus, Rantau Panjang di sini, pada 3.10 petang, 23 Feb 2016.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan .


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurhidayah Mat Saad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori