Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nicol Bertemu Raneem Pada...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kembali mempamerkan aksi kemenangan...

Logo Baharu Instagram, Apa...

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan...

Suami Gila ‘Sewa’ Isteri...

BARANGKALI inilah suami yang paling dayus di dunia untuk tahun ini!!!Demi meraih wang...

Pemandu Lori Didenda RM30,000...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori didenda RM30,000 setelah mengaku salah atas kesalahan...

Gara-Gara Bulu Ketiak, Potret Keluarga DiCaprio Trending

KEBIASAANNYA, foto yang dirakam bersama ahli keluarga pastinya memberikan memori kenangan indah, yang dapat dihidupkan semula sebaik sahaja menatap wajah si pemilik di dalam gambar.

Ini termasuklah gambar kenangan potret keluarga daripada pelakon yang baru-baru ini memenangi anugerah Oscar Pelakon Lelaki Terbaik, Leonardo DiCaprio.

Gambar berkenaan dirakam pada tahun 1976, sewaktu Leonardo yang berumur dua tahun diapit oleh ibunya,  Irmelin dan ayahnya George DiCaprio.

Apa yang menariknya, gambar berusia 40 tahun itu kembali menjadi hit gara-gara ibu Leonardo, irmelin DiCaprio dilihat tidak mencukur bulu ketiaknya yang agak panjang ketika itu.

Gambar yang dimuat naik pada 1 Mac oleh laman Facebook History in Pictures yang bertajuk “Baby Leonardo DiCaprio with his mum and dad,1976” sehingga kini telah menerima perkongsian sebanyak 12,000 kali dan lebih 6,000 komen dari pengguna alam maya.

buluuuu

Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dan tidak selesa mereka apabila melihatkan keadaan bulu ketiak Irmelis yang seakan tidak dijaga dan pengotor.

Pengguna Facebook Leonardo Hernandez mengatakan keadaan tersebut adalah terlalu jijik.

tada

That’s gross, end of discussion (Ia menjijikkan, tamat perbincangan),” tulisnya di ruangan komen.

Manakala pengguna Facebook Taylor Jade pula memberikan ‘tema’ kepada gambar berkenaan.

taylor


beast of a pit (Haiwan liar yang berada di dalam lubang),” tulis Taylor.

Bagaimanapun, reaksi kebanyakkan netizen yang mengganggap bulu ketiak tersebut adakah pengotor telah disangkal oleh beberapa pengguna Facebook wanita, dengan mengatakan tidak semua perkara perlu dilakukan bagi memuaskan hati manusia.

The ignorance is ridiculous. Not every women has to shave to appease you (Sikap sambil lewanya agak pelik, namun tidak semua wanita perlu bercukur demi memuaskan hati anda),” tulis Everlides Capozziello.

Malah terdapat beberapa pengguna yang dilihat memperjuang hak asasi wanita tampil mengeluarkan memuant naik beberapa gambar keadaan mereka yang tidak bercukur di ruangan komen.

“Not your body. Not Your choice! (Bukan tubuh anda, bukan hak anda!) Antara kapsyen yang sering digunakan bagi wanita-wanita yang memperjuangkan hak tidak potong bulu ketiak.

bulu
Sumber: Facebook History in Pictures.

Seperti yang diketahui, perkara tidak mencukur bulu ketiak buat golongan wanita ini bukanlah merupakan kes pertama yang diperdebatkan oleh pengguna alam maya.

Pada 2015, sebuah pertubuhan wanita di China, Xiao Meili, telah melancarkan kempen ‘Menyimpan Bulu Ketiak Sehingga Panjang’ bagi menggalakkan wanita di sana tidak melihat ‘bulu ketiak’ sebagai perkara yang menjijikan… Macam-macam!-MYNEWSHUB.CC

Sumber: BBC

Baca: Foto Selebriti Wanita Pernah Tayang Bulu Ketiak

Juga: Wanita Harapkan Bulu Ketiak, Muka Memang Out

Lagi: Trend Warna Bulu Ketiak Jadi Trend Remaja Barat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori