Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Iran Sedia Anjur Program...

KUALA LUMPUR - Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia...

Transformasi Bantu Melaka Capai...

MELAKA - Transformasi adalah caranya bagi Melaka mencapai matlamat menjadi satu daripada kuasa...

Pelajar UUM Mati Di...

Seorang mahasiswa perakaunan berusia 20 tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok,...

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Pakatan Harapan Ibarat Nabi – Lawak Suhaizan

KUALA LUMPUR – PAN muncul membuat dakwaan karut apabila menyamakan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti DAP itu ibarat nabi-nabi Allah S.W.T menentang golongan kufur satu waktu dahulu.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat berkata, nabi-nabi menentang Firaun, Namrud dan Abu Jahal, manakala Pakatan Harapan yang didominasi DAP pula menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Nabi Musa lawan Firaun, Nabi Ibrahim lawan Namrud, Nabi Muhamad lawan Abu Jahal dan Abu Lahab dan Pakatan Harapan lawan UMNO-BN.

“Bukan zamannya Pakatan Harapan lawan Firaun atau Namrud atau Abu Jahal atau Abu Lahab,” dakwanya dalam akaun Facebook beliau baru-baru ini.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS dalam pada itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).


Dakwa beliau, keluarga mereka pernah terseksa teruk di bawah pemerintahan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak menjadi isu untuk ketiga-tiga mereka kini menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan UMNO. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori