Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anak Jackie Chan Dipenjara...

Anak kepada pelakon aksi terkenal, Jackie Chan iaitu Jaycee Chan dilaporkan telah dijatuhkan...

23,406 Warga Tua Anggotai...

IPOH - Sejumlah 23,406 warga tua di seluruh negara mendaftar sebagai anggota di...

Kejujuran Remy Ishak ‘Tambat’...

ZAMAN sekarang memang diakui agak susah untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul jujur.Namun...

Nora Anne Hilang: Keluarga...

SEREMBAN - Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari...

NGO Selangor Sokong Najib Tolak Deklarasi Rakyat

SHAH ALAM – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Selangor menyatakan taat setia menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak serta menolak ‘Deklarasi Rakyat’ oleh Tun Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang.

Dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam malam 8 Mac, gabungan diketuai Dato’ Jamal Md. Yunos menyatakan pendirian tegas bahawa kebebasan bersuara dianggap elemen penting amalan demokrasi negara.

Ini termasuk hak menyatakan pandangan dan pendirian berbeza yang perlu dihormati semua pihak serta masi lagi bertunjangkan kepada dasar inklusif dan semangat berperlembagaan.

“Bagaimanapun, sikap keterbukaan itu perlulah berteraskan kepada adab dan etika serta disiplin di samping semangat patriotik sekiranya melibatkan pemimpin atau bekas pemimpin,” terang Jamal.

Dato Jamal Yunus
Pengerusi NGO-NGO Selangor, Dato’ Jamal Md. Yunos

Jamal justeri menegaskan, warga NGO Selangor turut menyatakan rasa kesal dan tersinggung atas tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada majlis ‘Deklarasi Rakyat’ itu.

Ini kerana mereka berdua sanggup bersekongkol dengan pembangkang terutama DAP yang memang terkenal dengan sikap rasis dan cauvanis terutama terhadap Melayu dan Islam bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Jamal menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan mutakhir ini Najib berhadapan dengan pelbagai persepsi berkaitan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal dana RM 2.6 bilion.

“Namun kedua-dua isu panas itu telah disangkal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak pejabat Peguam Negara (AG) sendiri,” tegas beliau.

Dato Jamal bersama wakil NGO Selangor
Dato’ Jamal Md. Yunos bersama wakil NGO Selangor.

Bahkan bukan itu sahaja, Perdana Menteri juga berjaya memacu bertumbuhan ekonomi negara yang sangat memberangsangkan dengan peningkatan pelaburan asing dari tahun 2009 sehingga 2014.


Malah terdapat banyak polisi yang telah diwujudkan bagi kesejahteraan rakyat seperti baucar BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan beberapa polisi lain lagi.

Selain itu, di bawah pimpinan Najib juga pembangunan penduduk luar bandar telah digandakan serta mendapat perhatian khusus, antaranya projek pembinaan lebuh raya tanpa tol Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

“Pada masa sama peluang disediakan dan modal bagi meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera serta pembangunan Syiar Islam berterusan dalam suasana ekonomi dunia masih tidak menentu,” jelas Jamal.

Kepimpinan Najib bukan sahaja dapat dilihat di Malaysia malah meliputi Asia dan negara-negara Islam. Keprihatinan beliau terhadap apa berlaku di Gaza, konflik selatan Thailand dan selatan Filipina harus disanjung.

“Secara sebulat suara, warga NGO Selangor menolak sekeras-kerasnya ‘Deklarasi Rakyat’ yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad dan konco-konconya,” tegas Jamal.

Mereka turut menggesa supaya Majlis Tertinggi UMNO memecat Mahathir daripada jawatan yang disandang dalam syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori