Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Dia Bawa Lori Macam...

JASIN - "Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau Man... ayah...

FAP Intai Pemain Timur...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua...

Dua Ah Long Ditahan...

NIBONG TEBAL - Polis menahan dua ah long yang dipercayai menjalankan kegiatan memeras...

34 Maut Akibat Banjir...

ACCRA - Sekurang-kurangnya 34 maut dalam kejadian banjir yang melanda utara Ghana, susulan...

Majikan Diheret Ke Mahkamah Jika Tidak Daftar PATI

KUALA LUMPUR – Majikan yang didapati tidak mendaftarkan pekerja asing tanpa izin (PATI) dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI akan didakwa di mahkmah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan mahkamah akan dikenakan terhadap majikan jika mereka ditahan pihak penguatkuasa.

“Dalam program ini, jika majikan tidak mendaftar pekerjanya, dan Jabatan Imigresen membuat penguatkuasaan dan tangkap mereka (majikan), kita terus akan mendakwa mereka di mahkamah.

“Tiada lagi kompaun dikenakan, malah majikan yang tidak bertanggungjawab itu akan diheret terus ke muka pengadilan dan akan dikenakan hukuman penjara jika ada keperluan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga menasihatkan para majikan supaya tidak menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar pekerja mereka.

“Daftar secepat mungkin, yang penting mereka (majikan) akan terlepas daripada apa-apa tanggungjawab sekiranya pihak berkuasa membuat penguatkuasaan,” katanya dan menambah setakat ini, lebih 2,000 majikan dan 12,000 PATI telah mendaftar dalam program berkenaan.


Program yang dilaksanakan secara dalam talian itu bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini mendapatkan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Imigresen supaya melancarkan operasi menyerbu pusat membeli-belah yang dibanjiri PATI khasnya premis peruncitan dan restoran di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Menyentuh mengenai para majikan yang bertindak menganiaya pekerjanya, Nur Jazlan berkata mereka (majikan) akan dikenakan tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Misalnya, kalau majikan membuat perjanjian untuk membayar gaji dan tidak memenuhi syarat yang menyebabkan pekerja asing melarikan diri, mereka (majikan) boleh didakwa mengikut ATIPSOM 2007. Terdapat klausa tertentu yang membolehkan majikan didakwa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori