BAGI mereka yang berada di kawasan Lembah Klang, terdapat sebuah restoran unik yang baharu sahaja dibuka di Kuala Selangor, Selangor – Laman Santai.
Sesuai dengan nama yang diberikan, restoran ini memang santai habis sebab ia terletak di kawasan yang amat lapang.
Jangan risau kalau hujan, sebab ada juga kawasan meja makan yang bertutup tapi masih dapat melihat kawasan sekeliling. Open air juga, cuma berbumbung…
Restoran ini dibuka dari jam 5 petang hingga 1 pagi dan semua hidangan yang disediakan gerenti puas hati. Antara menu utama Laman Santai ialah arnab panggang, ikan bakar, ayam bakar dan makanan laut.
Ikan bakar dan semua makanan laut yang dijual di Laman Santai dijamin adalah yang terbaik dihidangkan kepada pelanggan yang berkunjung.
Sambal dan kuah pencicah ikan, kerang dan ayam bakar di kedai ni memang kick habis!
Ramai yang sanggup beratur untuk mencuba hidangan kat kedai ni.
Selain itu, terdapat juga menu ala-carte seperti nasi goreng, tom yam dan macam-macam lagi. Semuanya dimasak dan dihidangkan depan mata anda, jadi tak timbul isu dapur kotor dan sebagainya.
Ramai pengunjung yang memuji hidangan sup di sini memang the best! Sup tulang dan sup ayam antara yang popular di Laman Santai.
Bila ditanya, patutlah sup yang disediakan kaw habis, rupanya masa sup ini disediakan, semua ramuan dan rempah dibuat sendiri oleh tukang masak, bukannya beli yang ready made dari kedai.
Mengekalkan konsep bersantai, pemilik restoran ini juga memastikan kawasan sekeliling sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
Untuk kepuasan pelanggan yang membawa anak kecil ke Laman Santai, pihak pengurusan restoran ini juga telah menyediakan kawasan taman permainan untuk kanak-kanak bermain.
Restoran Laman Santai ini juga terletak di kawasan yang senang untuk dicari, ia betul-betul di hadapan SMK Kuala Selangor menghala ke Kampung Kuantan yang terkenal dengan pusat pelancongan kelip-kelip.
Jika anda berada di Kuala Selangor, kawasan berdekatan atau yang nak pass-by, jangan lupa singgah di restoran yang awesome ni. Jaminan kami, anda pastu berpuas hati!! – MYNEWSHUB.CC
BACA: Laman Santai, Tempat Makan Paling ‘Hip’ Di Kuala Selangor