SEORANG model yang masih remaja belasan tahun, mendapat perhatian ramai apabila dia berjalan di atas pentas peragaan pada Minggu Fesyen Paris dengan pakaian yang mendedahkan bahagian dada.
Model tempatan Perancis itu, yang tidak dikenali, memiliki wajah yang sangat muda, namun berani mengenakan fesyen rekaan terbaharu Valentino dengan salah satu payudaranya tampak terdedah.
Keadaan ini bakal menjerumuskan Valentino ke dalam perdebatan ramai kerana menggunakan khidmat model yang masih remaja, untuk mengenakan rekaan yang tidak sesuai dengan keadaan usianya.
Undang-undang di Perancis menetapkan bahawa semua model yang bakal digunakan di atas pentas peragaan perlu berusia 16 tahun dan ke atas. – Mynewshub.cc