Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Thailand Harap Lawatan Ismail...

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula...

Najib Kutuk Kezaliman Israel,...

PBB, NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk kezaliman Tel Aviv...

Kisah Hidup Teruk Dihentam,...

Kalau dah namanya artis, pasti tak lari daripada kecaman. Ada sahaja yang tak...

Biawak Masuk ‘Aircond’ Sebab...

KEADAAN cuaca panas akibat fenomena El Nino merupakan salah satu faktor haiwan reptilia...

Pemuda Kendong Warga Emas Seberangi Jalan

TINDAKAN seorang pemuda di China sanggup mengendong warga emas menyeberangi jalan menjadi viral menerusi laman sosial di negara itu baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku itu secara kebetulan telah dirakam oleh seorang pemandu  kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran tempat kejadian tersebut.

Menurut laporan Wuhan Evening Daily, video yang berdurasi selama satu minit lebih itu sempat dirakam di persimpangan jalan di Longyan wilayah Fujian.

Lelaki muda itu pada mulanya berjalan di samping warga emas tersebut mendapati wanita berkenaan bertungkus lumus untuk menyeberangi jalan raya itu.

Dia kemudian bertindak mengangkat warga emas itu menggunakan kedua-dua tangannya dan membawa wanita itu pantas menyeberangi jalan tersebut.

vlcsnap-2016-03-09-15h00m25s948

vlcsnap-2016-03-09-15h00m31s652


vlcsnap-2016-03-09-15h01m10s643

Ternyata, kemurnian dan kebaikan pemudaitu menyentuh hati netizen yang melihat video terbabit. Tidak dapat dipastikan sama ada pemuda dan wanita berkenaan ada hubungan tali persaudaraan atau pun tidak.

Ada yang berpendapat itu merupakan tindakan ‘spontan’ pemuda berkenaan untuk bantu mereka yang dalam kesusahan malah ada mengatakan itulah sepatutnya seorang anak lakukan terhadap ibu bapanya.

Tindakan pemuda terbabit, meyakinkan lagi bahawa masih terdapat naluri kemanusiaan dan sifat simpati terhadap yang memerlukan dalam diri muda mudi moden di China hari ini. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eXQGwsQSvxQ]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori