Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KAFA Nafi Azraai Ganti...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menafikan spekulasi pengendali The Red Warriors,...

Wanita Mengandung Mengidam Makan...

London - Ketika mengandung, si ibu biasanya mengidam pelbagai jenis makanan yang enak...

Kenyataan Najib Akrab Dengan...

KUALA LUMPUR - Pasukan peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membantah...

Mangsa Banjir Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di beberapa negeri mencecah...

3 Hospital Di Melaka Dinaik Taraf Hospital Kluster

MELAKA – Kementerian Kesihatan sedang menaik taraf tiga hospital di Melaka sebagai hospital kluster secara berperingkat dalam usaha mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah itu dapat memastikan Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin dapat melengkapi antara satu sama lain daripada segi kemudahan, teknologi dan kepakaran perubatan di negeri ini.

“Langkah ini, melibatkan perkongsian doktor pakar dan naik taraf kemudahan perubatan serta pembedahan di hospital berkenaan. Sekarang ini, pesakit tertumpu di Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan kerana kebanyakan doktor pakar ditempatkan di situ.

“Tenaga pakar di Hospital Melaka akan bertugas secara bergilir-gilir di Hospital Jasin dan Alor Gajah bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit supaya mereka tidak perlu ke Hospital Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Hospital Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah berkenaan juga akan mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman doktor pakar kerana mereka bertugas dalam persekitaran dan kemudahan yang berbeza.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata sebuah wad pediatrik baharu akan diwujudkan di Hospital Melaka bagi menampung jumlah pesakit semakin ramai dan sebuah kolej serta asrama kejururawatan baharu akan dibina bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka.

“Kemudahan berkenaan (yang kini dalam Hospital Melaka) akan dipindahkan ke bangunan baharu dalam tempoh antara lima hingga enam tahun, kita akan lihat mana-mana tanah sesuai manakala kemudahan sedia ada di Hospital Melaka akan dinaik taraf,” katanya.


Ketika ditanya tentang langkah Kementerian Kesihatan mengoptimumkan perbelanjaannya, beliau berkata kementerian mula melaksanakan beberapa pendekatan termasuk mengoptimumkan mesyuarat dan kursus serta tenaga kerja secara efektif.

“Kita tidak akan menambah lagi pegawai baharu dalam kementerian buat sementara waktu, namun kita akan pastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas. Kita yakin dapat jimatkan kira-kira RM300 juta perbelanjaan kementerian,” katanya.

Mengulas mengenai kes keracunan makanan di Batu Gajah, Perak beliau berkata kementeriannya masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa tempatan Batu Gajah dan Jabatan Kesihatan negeri bagi tindakan lanjut.

“Kes ini, serius kerana walaupun ia bukan keracunan secara langsung, namun ia melibatkan mangsa yang terpaksa dirawat di unit rawatan rapi. Jadi, kita sedang menunggu apakah bahan kimia yang digunakan kerana kesannya sangat kuat,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, 39 mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Batu Gajah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak selepas mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori