SEKEPING gambar seorang remaja terlantar di katil hospital tersebar di laman-laman sosial hari ini, mendakwa ianya mempunyai kaitan dengan satu kejadian buli yang berlaku semalam.
Gambar berkenaan dikatakan dikongsi di Internet kerana ibu mangsa mahu semua pihak mendoakan kesejahteraan anaknya yang kini terlantar di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Mangsa, Mohammad Azman Bin Saimon, 15, didakwa dipukul hingga 50 pelajar ketika pulang dari sekolahnya yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, pada petang Khamis.
Walau bagaimanapun, kejadian buli yang dikaitkan dengan gambar mangsa yang tersebar ini belum dapat dipastikan kesahihannya buat masa sekarang dan kami akan kemaskini maklumat terbaharu jika ada. – MYNEWSHUB.CC