Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bayi Meninggal Dunia Alat...

SEORANG bayi yang telah dipotong alat sulitnya oleh ibu tirinya pada 28 Jun...

Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan...

MELAKA - Sebanyak 15 keluarga di kawasan Melaka Tengah dan Jasin dipindahkan ke...

Setiap Kerajaan Mahukan Tok...

SIAPA masih ingat kisah Dr. Maszlee Malik letak jawatan Menteri Pendidikan pada Januari...

Chegubard Sah Dipecat PKR...

BELUM sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status...

Bak Kisah Dongeng, Gambar Kahwin Model Sindrom Down

BAGAI babak dalam kisah dongeng di zaman moden, begitulah gambaran gambar perkahwinan merpati dua sejoli ini.

Bagaimanapun pengantin perempuan yang memakai gaun kahwin cantik itu, mencuri perhatian ramai. Dia adalah model Australia yang menghidap sindrom Down, Madeline Stuart, 18.

4

3

2

6

Meskipun jarang seseorang sepertinya dipotretkan sebegini cantik di hari perkahwinan, Stuart menempuh pengalaman manis itu apabila menggayakan beberapa persalinan gaun pengantin, dalam satu sesi fotografi yang dijalankan di lokasi popular Rixey Manor, Virginia, Amerika Syarikat.

Stuart yang mempunyai sindrom Down, sebelum ini berjaya mencatat kejayaan tersendiri apabila memiliki karier modeling yang terus maju selepas terpilih menjadi wajah bagi beberapa kempen iklan ternama, diberikan peluang berjalan di runway New York Fashion Week, selain memiliki beg tangan berjenama sendiri.

Untitled (3)


Segala-galanya bermula selepas Stuart menjadi sensasi Internet, apabila dia memuat naik pos di Facebook bagaimana dia berjaya menguruskan badan dan ingin kisahnya menjadi inspirasi orang lain.

Pos tersebut menjadi viral kerana ramai yang berasa cukup kagum dengan semangat dan keyakinan yang ada pada Stuart tanpa mempedulikan kekurangan dirinya, hinggakan dia mula mendapat tawaran sebagai model.

7

1

Sesungguhnya Stuart telah membuktikan, apa pun kekurangan diri ianya bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dan dipertemukan dengan cinta sejati di dunia ini, bukan ditakdirkan untuk wanita yang lebih sempurna daripadanya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori