Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Campur Tangan Bila...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia naik...

Banteras Penyeludupan Di Wang...

WANG KELIAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu...

Polis Terengganu Pergiat Rondaan...

KUALA NERUS - Polis Terengganu akan mempergiatkan rondaan sehingga tiga kali sehari di...

Anggota JPJ Maut Kejar...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kemalangan...

Jangan Buat Penyambungan Elektrik Haram

TAWAU – Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pendawaian elektrik secara haram terutama di premis yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata penyambung elektrik haram bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengakibatkan kemalangan, kematian, kebakaran dan kerosakan harta benda.

“Selain itu, saya juga mohon kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan pastikan suis elektrik benar-benar dimatikan setelah selesai menggunakannya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada enam mangsa kebakaran di Kampung Titingan hari ini.

Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas, juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta mengawasi kanak-kanak bagi mengelak kebakaran, lebih-lebih lagi pada musim kemarau.


Dalam kejadian kebakaran malam semalam di Kampung Titingan itu, sembilan pintu gerai menjual buah, beras dan lain-lain barangan musnah.

Terdahulu, Tawfiq merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau ke-49 di Padang Stadium di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori