Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keadaan Kuil Sri Maha...

IPOH - Keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di...

Wanita Didakwa Gubah Wang...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Anak Derhaka, Tergamak Tinggal...

SETIAP anak yang dilahirkan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai pemberian-Nya. Anak yang...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUNAK - Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam...

APMM Tahan Lima Warga Indonesia Ceroboh Perairan Negara

ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan satu bot dan lima lelaki warga Indonesia yang disyaki cuba menceroboh perairan negara dalam Operasi Satria Selatan di Pulau Undan di sini, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Lima Kuala Linggi Kapten Maritim Mazlan Mat Rejab berkata mereka yang terdiri daripada seorang awak-awak dan tekong serta tiga penumpang berusia antara 20 dan 49 tahun itu ditahan di kedudukan lima batu nautika dari barat pulau itu, kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

“Mereka ditahan selepas APMM mengesan bunyi deruman bot jenis gentian kaca dengan enjin Yamaha 40 kuasa kuda tanpa nombor pendaftaran dari arah pantai Sungai Duyung menuju ke tengah laut yang agak mencurigakan ketika rondaan dilakukan di perairan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tekong dan awak-awak yang masing-masing berusia 49 dan 34 tahun serta seorang penumpang berumur 34 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau pasport.

Katanya dua lagi penumpang berusia 20 dan 24 tahun pula mempunyai pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh pada 7 Okt dan 25 Nov tahun lepas.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati bot berkenaan disyaki digunakan untuk membawa masuk dan keluar warga Indonesia dari negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.


Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan bot itu disita untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya telah berjaya melakukan empat tangkapan membabitkan 17 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia kerana menceroboh perairan negara antara Januari hingga semalam.

“APMM Kuala Linggi sentiasa mengalu-alukan maklumat orang ramai bagi memastikan keselamatan perairan negara daripada aktiviti jenayah termasuk penyeludupan di talian hotline APMM 06-6876804,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori