Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Blok Asrama Murid Lelaki...

SIBU - Sebuah blok asrama murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Long Busang, Belaga...

Siasatan Menyeluruh Punca Sungai...

KUCHING - Siasatan bersepadu akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca pencemaran...

Kadar Kompaun Ditularkan Tidak...

KADAR bayaran kompaun baharu bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula bulan ini...

Makan Makanan Bayi Untuk...

KURUS dengan hanya makan makanan bayi. Tak percaya? Itu yang diamalkan oleh seorang...

Jerebu: Perbincangan Peringkat Tertinggi Perlu

KUALA LUMPUR – Perbincangan peringkat tinggi perlu diadakan untuk menangani isu jerebu rentas sempadan serta mencari jalan bagi menyelesaikannya secara muktamad, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee, yang juga naib presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, berkata rundingan dua hala memang perlu diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Memorandum persefahaman (MoU) dua hala ini dicadangkan selepas negara anggota ASEAN mengesahkan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

“Menurut laporan, MoU antara Kuala Lumpur dan Jakarta ini dijadual ditandatangani pada 18 Sept tahun lepas, tetapi ditunda kepada 25 Sept, sebelum ditunda sekali lagi. Hingga sekarang, tiada tarikh baharu ditetapkan untuk menandatangani MoU itu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lim berkata adalah menggembirakan apabila Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar didapati gigih berusaha untuk membawa kedua-dua pihak menandatangani MoU itu, tetapi beliau belum menerima respons daripada rakan sejawatannnya dari Indonesia.

Pada Isnin, wilayah barat Indonesia, Riau, mengisytiharkan darurat berikutan kebakaran hutan dan tanah di pulau Sumatra.

Laporan tentang kejadian itu mencetuskan kebimbangan tentang berulangnya keadaaan berjerebu di negara ini.


“Malaysia perlu berusaha sedaya upaya mengelak berulangnya keadaaan berjerebu seperti tahun lepas. Jerebu tebal yang melanda negara ini dari Ogos hingga Oktober tahun lepas adalah antara yang paling buruk di Malaysia,” katanya.

Lee turut mengulas tentang laporan Jabatan Meteorologi bahawa kebakaran hutan di Riau tidak sepatutnya menimbulkan kebimbangan segera kerana angin timur laut tidak akan membawa zarah jerebu ke Malaysia.

“Tetapi, apakah yang akan terjadi pada Mei dan Jun apabila angin berubah arah?

“Malaysia perlu proaktif serta mengambil tindakan pencegahan memandangkan isu jerebu adalah antara perkara yang amat dibimbangi oleh setiap orang kerana ia menjejaskan seluruh negara dari segi kesihatan rakyat, perbelanjaan penjagaan kesihatan, alam sekitar, ekonomi dan banyak perkara lain.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga perlu mempercepatkan pelaksanaan undang-undang berkenaan dan memastikan pihak yang menyebabkan berlaku pencemaran udara di Malaysia, bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka lakukan di negara jiran seperti membakar hutan dan tanah gambut secara haram, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori