Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bank Tarik Balik Tawaran...

Seorang graduan universiti yang bijak, Shizuka Minamoto tidak mengalami nasib yang baik dalam...

Bocor! Gambar Model Proton...

SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor...

Najib Pemimpin Budiman Dan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil pendekatan...

DAP Bantah Hukuman Mati...

KUALA LUMPUR - DAP mengutuk hukuman tembak sampai mati lapan banduan kes dedah...

Video: Balu PI Bala Mohon Maaf Isu Fitnah Najib

KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas penyiasat persendirian (PI), P. Balasubramaniam tampil memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor berkenaan kes fitnahnya dalam isu Altantuya.

A. Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

“Tujuan saya pada hari ini ialah ingin memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Perdana Menteri dan ahli keluarganya bagi pihak saya dan mendiang suami saya.

“Ia atas segala kesulitan dan kesusahan ekoran fitnah oleh semua pihak berkaitan dengan penglibatan mendiang suami atas pembunuhan (warga Mongolia) Altantuya (Shaariibu).”

“Saya juga menjelaskan bahawa saya dan suami selama ini telah tertipu dengan segala janji-janji yang diberikan oleh indidvidu tertentu,” kata Santamil Selvi.

Ujarnya lagi, permohonan maaf yang dilakukannya itu di pejabat PMSP turut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.

Beliau malah turut menyatakan kesediaannya untuk bertemu sendiri dengan Perdana Menteri dan isteri bagi menyampaikan permohonan maaf terhadap kenyataan-kenyataan fitnah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.

Dalam kenyataannya juga, Santamil Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk bantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013.

“Wan Azizah sendiri telah berjanji konon untuk membantu saya dan anak-anak saya selepas mendiang suami saya meninggal dunia.


“Sekarang telah genap lebih tiga tahun mendiang suami saya telah meninggalkan kami, tiada satu pun janji yang ditunaikan oleh mereka,” ujar Santamil Selvi.

Beliau turut memberitahu telah berkali-kali cuba mendapatkan bantuan melalui ibu pejabat PKR Pusat, namun balu tersebut telah diperli dan diherdik dengan kenyataan: “Kalau BN offer, pergi terima sahajalah.

Santamil Selvi dalam pertemuanya hari ini memberitahu dia bagaimanapun ada menerima bantuan dari segi pembiayaan pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 daripada pihak PMSP.

Untuk makluman, Balasubramaniam meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke sebuah hospital tempatan selepas mengalami serangan jantung pada tahun 2013.

Susulan kematian secara mengejut PI tersebut, Santamil Selvi pernah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dengan menyebut: “Rosmah punca Bala (suami) mati!”.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori