Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi ‘Ditinggalkan’ Depan Premis...

SEORANG bayi perempuan dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui di hadapan...

Lelaki Tak Mengaku Salah...

SEORANG lelaki yang didakwa merompak dan mencederakan seorang wanita dalam lif stesen MRT...

Long Tiger Diberkas Semula...

Johor Bahru : Lelaki Rohingnya dikenali sebagai 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abd...

KREN TUMBANG – 6...

MAKKAH -- Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil...

Gambar Penduduk ‘Prihatin’ Bantu Selamatkan Vico Tersebar

GAMBAR penduduk setempat mengambil stok produk minuman Vico daripada lori yang terbalik dalam kejadian kemalangan di kampung asam, kuala Selangor pada Jumaat, mencetuskan perdebatan di laman sosial sama ada ianya dibenarkan atau tidak oleh pemiliknya.

Menurut maklumat, dikatakan orang ramai yang datang berkerumun di lokasi kemalangan mengambil produk berkenaan ‘tanpa rasa bersalah’ walaupun beberapa anggota trafik telah tiba untuk mengawal lalu lintas dan melarang orang ramai dari berbuat demikian.

Di media sosial pula, pertikaian tersebut menjadi semakin hangat apabila sebuah laporan daripada portal berita akhbar arus perdana yang memetik sumber polis, mendakwa penduduk berbuat demikian atas keizinan daripada pengurus syarikat berkenaan.

“Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, sebenarnya orang ramai membawa balik produk tersebut selepas mendapat kebenaran dari pengurus syarikat treler tersebut memandangkan kebanyakan bungkusannya sudah rosak dan serta tidak boleh dijual,” petik laporan berita berkenaan.

vico2

awek

vico3Lantas, perkara tesebut membuatkan netizen menggunakan alasan dari laporan pagawai polis berkenaan bagi menghentam pengguna lain yang berkongsi berita tersebut sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, memetik kenyataan terbaru yang diperoleh dari sebuah portal tempatan, Ruslan memberitahu bahawa berita berkenaan adalah tersalah lapor apabila beliau memberitahu polis sekadar mengesahkan kejadian kemalangan yang berlaku jam 5.15 pagi di Kilometer 37.5 Jalan Teluk Intan menghala ke Klang.


“Bukan saya yang mengesahkan pengurus bagi atau tidak bagi (kebenaran untuk ambil). Saya tidak pernah tulis dan tidak pernah sebut. (Laporan) Itu tidak betul,” kata Ruslan Abdullah ringkas.

Menurutnya lagi wartawan media arus perdana berkenaan tidak menghubunginya secara langsung sebaliknya hanya mengambil fakta kemalangan daripada perkongsian laman media polis sahaja.

“Manusia biasalah kalau orang lihat benda berterabur, sesiapan pun akan ambil,” tambahnya yang berharap pada masa-masa akan datang masyarakat akan lebih prihatin kepada mangsa-mangsa kemalangan.

Kejadian tersebut mula menjadi viral hasil perkongsian pengguna Facebook Hayat Muhamad, yang mempersoalkan kewajaran penduduk setempat mengambil barangan yang terjatuh akibat kemalangan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori