Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Pelajar Warga Nigeria Ke...

SHAH ALAM - Seorang pelajar warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Wanita Tolak Gugur Boleh...

Moscow - Russia merancang membeli anak daripada wanita yang memilih untuk tidak menggugurkan...

Kelewatan Perodua Axia Kerana...

GEORGE TOWN - Kelewatan penghantaran Perodua Axia, kenderaan cekap penggunaan bahan api, bukan...

KAFA Kemuka Rayuan Kurangkan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan rayuan kepada Perkongsian...

Kritik Pramugara Di Laman Sosial, Ainan Tasneem Teruk ‘Dibahan’

GARA-GARA mengkritik cara kerja seorang pramugara Air Asia, teruk penyanyi Ainan Tasneem dikritik di laman sosial.

Semuanya bermula apabila Ainan memuat naik satu pos menceritakan perbuatan seorang pramugara Air Asia yang didakwanya membuat muka kurang senang apabila sepupu Ainan meminta pertolongan mengangkat bagasinya ke overhead compartment kerana tidak sampai.

Pramugara tersebut dikatakan membantu dengan muka kurang senang dan memberitahu itu tidak termasuk dalam bidang tugasnya. Justeru, Ainan mempertikaikan perkara itu.

ainan

Ternyata, Ainan memang silap kerana Air Asia sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mengangkat beg pelanggan sememangnya tidak termasuk dalam bidang kerja pramugara. Itulah point yang membuatkan Ainan teruk ‘dibahan’ netizen.

Susulan itu, Ainan dikatakan memohon maaf kerana kesilapan tentang bidang tugas pramugara namun tetap bertegas pramugara itu melakukan kesilapan kerana tidak melayan penumpang dengan lemah lembut.

ainan1 ainan2

Bagaimanapun tak lama kemudian, posting tentang kisah pramugara mahupun permintaan maaf tersebut didapati telah dipadam daripada akaun sosial Ainan.

Akibatnya ruangan komen pada lain-lain pos yang dibuat Ainan dijadikan ruangan untuknya dihentam berkaitan isu berkenaan.


Pramugara terbabit yang disebut namanya dalam pos dibuat Ainan, turut memberi respon melalui akaun Instagram miliknya.

cuann

Sebenarnya kami faham apa yang cuba disampaikan oleh Ainan tetapi sebagai seorang yang dikenali ada beberapa perkara tidak sepatutnya dikongsikan terlalu detail terutama jika ianya tidak diperiksa terlebih dahulu.

Bukan Ainan sahaja, sesiapa sahaja perlu hati-hati sebelum berkongsikan sesuatu apatah lagi ia memetik nama seseorang dan melibatkan periuk nasinya.

Sebaik-baiknya gunakan saluran rasmi yang disediakan kerana ia lebih berhemah dan aduan yang ingin disampaikan pun pergi kepada pihak yang tepat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori