Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Polis Panggil Musa Hassan...

MELAKA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan dipanggil memberi...

Apakah Air Percuma Di...

1. AZMIN bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza...

Asyraf Wajdi Tawar Jadi...

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil...

Pembangkang Diambang Kejatuhan Di...

KOTA KINABALU - Pakatan Pembangkang berada diambang kejatuhannya di Sabah berikutan tindakan beberapa...

20 Kereta Disagat Treler, Pemilik Dalam Stadium Tengok Bola

KECOH jadinya laman sosial apabila tersebar gambar banyak kenderaan yang rosak teruk akibat disagat sebuah treler, semalam.

Pemandu treler terbabit dikatakan merempuh 20 biji kereta yang diparkir di lebuh raya kerana menghalang laluannya.

Ketika kejadian, para pemandu kereta terbabit sedang enak bersorak di Stadium Hang Jebat Melaka menyaksikan perlawanan bola sepak antara PDRM dan Johor.

123564

Meskipun mengakibatkan banyak kerosakan, rata-rata komen di laman sosial bagaimana pun menyokong tindakan pemandu treler kerana beranggapan pemandu kereta yang rosak dirempuh itu sengaja mencari nahas apabila tidak parkir kenderaan di tempat sepatutnya.

Ramai mendakwa ruang untuk parkir yang selamat cukup untuk pengunjung yang ingin menyaksikan perlawanan di stadium tetapi tetap ada yang parkir di tepi lebuh raya dengan harapan senang untuk keluar selepas perlawanan tamat.


BACA JUGA: Gambar: Padah Parkir ‘Block’ Jalan, Lebih 18 Kereta Rosak Dirempuh

Kalau benar itu yang diniatkan para pemandu kereta yang disagat treler malam ini, ternyata impian tersebut tidak kenyataan.

Apa yang ingin kami pesan kat sini, parkirlah di tempat sepatutnya walaupun terpaksa beratur sedikit dan kepada pemandu kenderaan terlibat bertabahlah dan mudah-mudahan insurans kereta anda first party. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori