Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Arkitek Ditahan SPRM, Tuntutan...

Kuala Lumpur : Seorang arkitek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki...

Rokok Bernilai Lebih RM20,500...

SEREMBAN - Sebanyak 2,309 paket rokok bernilai RM20,584 disita dalam 18 operasi bersepadu...

Terence Gomez Letak Jawatan...

PETALING JAYA - Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel...

Awas E-Mel, Telefon Dakwa...

SINGAPURA - Awas jika terima e-mel atau panggilan telefon yang mendakwa syarikat penerbangan...

Kebakaran Hutan: Indonesia Berjaga-Jaga

Jakarta – Pihak berkuasa Indonesia sudah membuat persediaan rapi bagi berdepan kebakaran hutan di negara itu ketika titik panas dikesan meningkat akibat musim kemarau.

Pegawai di Badan Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kerajaan pusat serta tempatan bekerjasama membuat persediaan berdepan masalah berkenaan.

“Kami mendirikan pos kawalan kebakaran hutan dan belukar terutama di wilayah Sumatera dan Kalimantan.

“Anggota bantuan dan pesawat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran juga sudah bersedia di beberapa lokasi,” katanya.

Menurutnya, ratusan empangan bagi menenggelamkan kawasan tanah gambut yang sukar dipadamkan sekiranya terbakar sudah disiapkan.

“Selain itu beberapa daerah juga diletakkan dalam status bersiap sedia dan akan mengisytiharkan keadaan darurat pada bila-bila masa sekiranya kebakaran berlaku,” jelasnya.

Sehingga kini hanya wilayah Riau mengisytiharkan darurat selepas kebakaran hutan merebak di beberapa daerah.

Pada tahun lalu, kebakaran hutan yang tidak terkawal mencetuskan bencana jerebu di Indonesia dan negara jirannya termasuk Malaysia dan Singapura.


Jakarta berjanji memastikan kebakaran tidak lagi berulang pada tahun ini.

Kata Sutopo, titik panas dikesan meningkat terutama di wilayah Riau dan Kalimantan Timur yang paling teruk dilanda kemarau.

“Pihak berkuasa juga menangkap beberapa penduduk kerana membakar hutan dan belukar.

“Penduduk ini ditangkap kerana membakar hutan atau belukar untuk membersihkan tanah pertanian,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori