Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Ia Bukan Cincin Tanda...

PELAKON cantik, Nelydia Senrose menafikan bahawa dia telah dirisik mahupun bertunang selepas dia...

Ahmad Maslan Ke Kazakhstan...

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan...

Festival Gendang Melayu Sarawak...

KUCHING – Festival Gendang Melayu Sarawak 2018 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak...

Sultan Nazrin Shah Bijaksana,...

IPOH - Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah diputerakan pada 27 Nov...

34 Maut, 125 Cedera Serangan Bom Di Ankara

ANKARA – Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan 125 cedera akibat letupan bom kereta di ibu negara Turki semalam, menurut agensi berita Sputnik yang memetik Kementerian Kesihatan Turki.

Letupan pada jam 6.43 petang waktu tempatan itu berlaku dekat Guven Park di tengah bandar itu, menurut penyiar Turki TRT.

Rakaman CCTV yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sebuah kereta sedang memotong dua bas sebelum bergerak perlahan dan meletup.

Seorang pegawai keselamatan berkata, penemuan awal menunjukkan serangan itu dilakukan oleh pejuang Parti Buruh Kurdistan (PKK) atau kumpulan yang ada kaitan dengan mereka.

Bagaimanapun pihak berkuasa Turki mengumumkan mereka akan mendedahkan nama kumpulan yang bertanggungjawab ke atas letupan maut itu dan keputusan siasatan pengeboman hari ini.


Bulan lalu, bom kereta diletupkan hanya beberapa blok dari tempat kejadian dan menyebabkan 29 orang mati. – Reuters/BH ONLINE

  • Lagi berita berkaitan:
  • Turki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori