Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dikepung Polis, ‘Pembunuh FB’...

ERIE (Pennsylvania) - Lelaki yang diburu polis selepas menyiarkan video dia menembak mati...

Parit Dan Saliran 12...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang dalam proses membaik...

166 Ditahan Terbabit Judi...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 166 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

Pengumuman Calon PH Pahang...

HEBAT... Mereka belum lagi berjaya menguasai Malaysia namun beginilah gambaran keadaan yang bakal...

Amar Singh Ishar Singh Ketua Polis Baharu KL

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner baru-baru ini menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Perlantikan ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada kaum minoriti di Malaysia khususnya kaum Sikh yang kurang daripada 0.16 peratus dalam Polis Diraja Malaysia.

“Malah ia menunjukkkan pucuk pimpinan PDRM adalah ‘buta warna’ semasa pemilihan kenaikan pangkat dan juga semasa menjalankan tugas,” katanya dalam ucapan sempena majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Selepas tamat latihan asas Kadet Asisten Superintenden pada tahun 1983, Amar Singh, 58, dihantar bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Ipoh sebelum ditukarkan ke Johor Bahru, Johor dan Klang, Selangor.


Beliau juga pernah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Amar Singh memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.

Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori