Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Perobohan Rumah Di...

BARU-BARU ini berita mengenai bantahan terhadap tiga buah rumah dan dua rumah kedai...

Op Selamat Mungkin Diadakan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk melaksanakan Op Selamat yang...

Perkasa Buat Laporan Polis...

BUTTERWORTH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap...

Raja Permaisuri Agong Lancar...

PUTRAJAYA - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan melancarkan Festival...

Isu ‘Sultan Johor Tak Mahu Salam’ Buat Najib Geleng Kepala

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab satu video viral di media sosial memaparkan Sultan Johor seolah-olah enggan bersalam dengan beliau di satu majlis, baru-baru ini.

Dalam video tersebut Sultan Johor kelihatan bersalam dengan banyak pihak yang menanti kedatangan Baginda dalam satu majlis namun tidak menghulurkan tangannya kepada Najib meskipun Baginda kelihatan perasan kelibat Perdana Menteri di situ.

Berikut video yang dimaksudkan:

“Saya geleng kepala tengok dalam sosial media. Sultan Johor tunggu saya di Istana, minum teh bersama, naik kereta yang dipandu oleh Sultan Johor.

“Saya duduk sebelah Sultan Johor berbual dalam kereta, takkan turun nak salam lagi. Di Istana dah salam – nanti orang kata gila,” kata Najib, disambut gelak ketawa hadirin yang ada.


Beliau mengulas isu ‘Sultan Johor Bersalam Dengan Najib’ ini untuk dijadikan contoh, ketika menyentuh tentang persepsi tidak betul yang sering dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan.

BACA JUGA: Sultan Johor Nafi Tak Suka PM, Sokong Ahli Politik Tertentu

Ianya sebahagian daripada ucapan Najib pada majlis pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Buku Kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Kuala Lumpur, pada Isnin. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori