Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dyana Sofya Dakwa Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud mendakwa dirinya dijadikan...

Kesedaran Semakin Tinggi Terhadap...

KOTA BHARU – Masyarakat kini semakin bersikap terbuka dan mempunyai kesedaran yang tinggi...

Calon Wanita BN Selangor...

SHAH ALAM - Rata-rata calon wanita Barisan Nasional (BN) Selangor yang bertanding pada...

Kebun Haram Di Cameron...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan terhadap 23 individu...

Utamakan Intergriti Demi Nama Baik Pasukan – KP Perlis

KANGAR – Pegawai dan anggota polis diingatkan agar sentiasa meletakkan integriti sebagai aspek utama demi keberkesanan optimum dalam menjalankan tugas serta menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata perkara itu penting bagi setiap anggota kerana selain sentiasa diperhatikan masyarakat, polis juga memikul tanggungjawab diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara dan orang ramai.

“Jangan sesekali melakukan perbuatan melanggar etika dan peraturan perkhidmatan kerana ia akan mencalar amanah diberikan serta melemahkan kredibiliti anggota serta pasukan,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata menjadi satu perkara mencalar amanah dan maruah anggota sekiranya ada kalangan mereka terlibat dengan kes salah laku yang membelakangi integriti polis.

“Sepertimana misi dan visi polis untuk memastikan kegiatan jenayah di negeri ini dibanteras, maka prinsip sama harus dipegang dalam memastikan anggota polis bebas kegiatan salah laku dalam perkhidmatan termasuk rasuah,” katanya.


Terdahulu, Shafie memakaikan pangkat dan menyerahkan surat tahniah kepada 61 anggota polis pada majlis tersebut.

Seramai 59 Koperal dan dua Lans Koperal dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori